PETALING JAYA – Satu kes positif COVID-19 telah dilaporkan di Sunway Nexis Biz Suites melibatkan seorang lelaki yang didapati positif selepas pulang dari Sabah.

Ianya didedahkan oleh pihak pengurusan Sunway Nexis yang terletak di Kota Damansara itu menerusi satu kenyataan rasmi.

Difahamkan bahawa individu terbabit sudah pun dibawa dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan selanjutnya.

Lelaki terbabit yang menyewa di Sunway Nexis berkenaan dilaporkan telah mengambil tindakan sepatutnya untuk membendung penularan, di mana premisnya telah ditutup dan dibasmi dengan pembasmi kuman.

“Sehubungan itu, pengurusan Sunway Nexis akan mengambil semua tindakan yang diperlukan serta langkah sewajarnya untuk mengkuarantin kawasan berkenaan”.

Mengambil kira aspek keselamatan, pihak pengurusan juga difahamkan sudah melaporkan perkara ini kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Pejabat Kesihatan Daerah Petaling.

Laporan tersebut dilakukan secara serta-merta. Pihak Sunway Nexis juga telah mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan Sunway Nexis kekal selamat untuk dikunjungi orang ramai.

“Dalam tempoh yang sukar ini, kami ingin menasihati semua penyewa dan mereka yang berada di Sunway Nexis untuk sentiasa berwaspada dan terus mematuhi SOP”.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular