Budaya ‘prank‘ pada zaman ini menjadi satu fenomena atau ikutan oleh masyarakat zaman kini. Tidak kira di mana sahaja sama ada untuk upacara istimewa, hiburan atau gurauan sesama rakan, budaya ini sebenarnya adalah satu budaya negatif kerana kebanyakannya boleh mendatangkan kecederaan yang serius.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook telah memuat naik satu gambar kek ulang tahun kelahiran yang sangat cantik. Namun, di sebalik paparan tersebut, maksud tersirat yang ingin dijelaskan adalah bahaya yang boleh berlaku seandainya ketika majlis hari jadi ini, seseorang telah bertindak menekan muka ke atas kek tersebut!

Gambar hasil perkongsian Ong Lip Qin Physiotherapist – Precise Rehab ini menunjukkan dua batang lidi tajam yang dibenamkan di bahagian tengah kek bertujuan untuk menyokong struktur kek tersebut. Penggunaan batang kayu atau lidi di dalam kek adalah satu perkara yang normal dilakukan oleh pembuat kek untuk memastikan kek tersebut kekal stabil dan tidak pecah.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menular dengan pantas di seluruh Facebook dan mendapat pelbagai respon daripada warganet. Penularan ini secara langsung memberi kesedaran kepada orang ramai akan bahaya budaya prank khususnya tindakan menekan muka seseorang di atas kek.

Semoga penularan gambar ini akan membuatkan orang ramai untuk berfikir dua kali sebelum bertindak. Pastikan anda kongsikan artikel ini kepada kawan-kawan dan keluarga supaya kita semua dapat menghentikan budaya prank yang tidak bermanfaat ini dan mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular