TEXAS – Pihak berkuasa Texas telah mengeluarkan amaran kepada para penduduk khususnya yang tinggal di sekitar Houston untuk berhenti menggunakan air paip kerana dipercayai telah dicemari dengan mikroorganisma pemakan otak dikenali sebagai Naegleria fowleri.

Gambar | CDC

Suruhanjaya Kualiti Persekitaran Texas turut mengeluarkan notis yang melarang orang ramai untuk menggunakan air paip bagi semua tujuan kecuali untuk kegunaan tandas. Antara kawasan yang terjejas adalah Lake Jackson, Freeport, Angleton, Brazoria, Richwood, Oyster Creek, Clute dan Rosenberg.

Kesemua kawasan ini dianggarkan melibatkan seramai 120,000 penduduk. Antara yang turut terkesan dalam insiden ini adalah 4,200 pekerja di Dow Chemical dan Penjara Clemens and Wayne Scott yang mempunyai seramai 2,345 banduan dan 655 pekerja. Penetapan arahan ini dijangka akan diteruskan sehingga sistem perairan Brazosport menjalankan penyelidikan ke atas sampel air dan mendapati ianya kembali selamat untuk digunakan. 

ALASTAIR PIKE/AFP via Getty Images

Naegleria fowleri adalah sejenis amoeba yang biasa ditemui di kawasan air tawar dan di dalam tanah. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, bakteria ini akan menjangkiti manusia dengan memasuki menerusi hidung. Dari situ, bakteria ini akan bergerak menuju ke bahagian otak dan boleh mengakibatkan penyakit yang melemahkan disebut sebagai amebic meningoencephalitis utama. Kajian mendapati 90 ke 95 peratus individu yang dijangkiti boleh meninggal dunia sekiranya bakteria ini masuk melalui hidung.

KENZO TRIBOUILLARD/AFP via Getty Images

Jangkitan ini juga dikatakan boleh mengakibatkan maut dan seringkali berlaku kepada individu yang berenang atau menyelam di kawasan air tawar seperti sungai mahupun tasik. Di samping itu, bakteria ini juga boleh mencemarkan kolam renang yang tidak diklorinkan dengan sempurna atau air paip yang tercemar.

Penemuan mengenai pencemaran air paip ini dibuat setelah seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dikenali sebagai Josiah McIntyre meninggal dunia pada 8 September lalu setelah mandi di Tasik Jackson. Antara simptom yang jelas adalah demam, loya, muntah, kekejangan pada bahagian leher dan sakit kepala. Kebanyakan mereka yang dijangkiti akan meninggal dunia dalam tempoh seminggu.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular