Sekurang-kurangnya tiga orang maut selepas kebakaran berlaku di sebuah bangunan pusat kajian kampus Huawei di bandar Dongguan, selatan China mengalami kebakaran pada petang 25 September.

Kerajaan mendakwa bangunan tersebut tidak mempunyai hubungan dengan makmal, tetapi media China memetik pekerja Huawei berkata kemudahan itu mengandungi makmal 5G.

The Epoch Times/YouTube

Huawei adalah pengeluar peralatan telekomunikasi terbesar di China. Tetapi syarikat itu dilarang melancarkan rangkaian 5G di beberapa negara di tengah-tengah kebimbangan bahawa produknya akan dapat dieksploitasi oleh Beijing untuk tujuan pengintipan.

21st Century Business Herald memetik seorang pekerja Huawei berkata kebakaran bermula di ruang anechoic yang sedang dibina untuk menyerap gelombang elektromagnetik. Bahan penyerapan dikatakan telah terbakar secara tidak sengaja.

Tetapi laporan berita itu kemudian segera dipadamkan dari internet.

The Paper pula memetik syarikat pengurusan kampus mengatakan bangunan yang terbakar adalah bangunan makmal G2 di kampus Tuanbowa Huawei dalam Zon Pembangunan Industri Teknologi Tinggi Songshan, bandar Dongguan.

The Paper melaporkan bangunan yang terbakar menempatkan makmal 5G.

Media itu turut melaporkan Huawei mula memindahkan pusat penyelidikan dan reka bentuknya, Universiti Huawei, dan pusat pengeluaran skala percubaan ke daerah Songshan sejak tahun 2018. 

Kampus di daerah ini mempunyai kira-kira 30,000 pemaju, yang mengusahakan telefon pintar berkualiti tinggi, sistem operasi Harmony, dan produk mewah lain.

Saksi mula merakam video kebakaran dari kampus Tuanbowa pada kira-kira jam 3 petang.

The Epoch Times/YouTube

Dalam muat naik video yang dikongsi netizen di laman sosial China, menunjukkan kepulan asap tebal dapat dilihat keluar dari bangunan dari jarak sekurang-kurangnya satu batu.

Dalam beberapa rakaman video, tiga tingkat teratas bangunan dapat dilihat dilitupi asap dengan dindingnya mula terbakar dan bertukar warna gelap.

Video lain yang diambil dari dalam kampus Tuanbowa, merakam pekerja Huawei dapat dilihat melarikan diri dari kawasan bangunan dengan sebilangan pekerja berpakaian makmal serba putih.

The Epoch Times/YouTube

Pasukan Briged Bomba Dongguan mengumumkan bahawa kebakaran dapat dipadamkan pada sekitar jam 4.50 petang. Pihak mereka menemui sekurang-kurangnya tiga mayat yang dikenal pasti sebagai kakitangan pentadbiran dalam kampus.

Sebelum kebakaran dapat dipadamkan, kerajaan tempatan bandar Dongguan mengumumkan tiada kematian dalam insiden itu.

Setakat ini, pihak bomba masih belum mendedahkan punca sebenar yang menyebabkan kebakaran, tetapi mengesahkan bahawa semua pekerja Huawei harus mengosongkan kampus.

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular