Sebuah lagi pusat beli-belah yang terletak di ibu kota Kuala Lumpur, Nu Sentral telah mencatatkan satu kes positif COVID-19.

Ia disahkan oleh pihak pengurusan pusat beli belah terbabit dalam satu kenyataan, di mana salah seorang kakitangannya diuji positif COVID-19.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan pantas telah menjalankan pengesanan kontak termasuklah semua kakitangan di pejabat pengurusan Nu Sentral”.

“Mereka semua telah menjalani ujian COVID-19 pada 26 September dan hasil ujian kesemua mereka menunjukkan negatif”, tulis kenyataan terbabit.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak Nu Sentral telah melakukan kerja-kerja sanitasi di seluruh kawasan pusat beli belah mengikut panduan daripada KKM”.

“Kami ingin menyakinkan semua penyewa, vendor dan pelanggan bahawa ia adalah kes terpencil dan telah ditangani segera setelah dikenal pasti”.

Pihak pengurusan juga difahamkan akan terus melakukan langkah pencegahan yang diperlukan bagi menjamin keselamatan pekerja, rakan perniagaan dan juga orang awam.

“Kami ingin menasihati semua pengunjung untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan – menjaga kebersihan, memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal”.

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular