Salah satu tugas bagi ahli politik yang telah diundi oleh rakyat adalah untuk ‘berkhidmat semula’ kepada rakyat yang memerlukan.

Dan salah seorang daripadanya, benar-benar telah menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin.

Syed Saddiq/Twitter

Ahli parlimen Muar, Syed Saddiq, baru-baru ini telah memuat naik video dari aplikasi TikTok yang menunjukkan bagaimana beliau dan beberapa orang pasukannya mengayuh basikal untuk menghantar sendiri bantuan komputer riba yang diberikan kepada para pelajar dari keluarga B40.

Syed Saddiq/Twitter

Syed Saddiq/Twitter

Bantuan yang dinamakan sebagai “1 Keluarga 1 Laptop” ini adalah salah satu inisiatif dari Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar untuk mengurangkan beban para pelajar yang bakal mendaftar masuk semula ke pusat pengajian tinggi kelak.

Syed Saddiq/Twitter

Menurut perkongsian video, inisiatif ini bakal memberi manfaat kepada 500 buah keluarga di sekitar Muar, dengan 75 buah keluarga yang telah menerima sumbangan komputer riba berkenaan.

Syed Saddiq/Twitter

Walaupun dengan hanya berpakaian sukan, Syed Saddiq tetap santai menghantar sumbangan dari pihaknya untuk keluarga yang berkelayakan.

Terima kasih YB Syed Saddiq! Diharapkan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu mana-mana pelajar yang sedang dalam kesusahan untuk menimba ilmu.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular