Baru-baru ini, seorang wanita melalui akaun laman Twitternya (@nocaaa_) telah berkongsi bahawa dia menyaksikan sendiri insiden seekor anak anjing yang dilanggar oleh kenderaan.

Dan, kerana rasa simpati, wanita itu dengan segera telah membawa anak anjing yang malang itu ke sebuah klinik haiwan untuk mendapatkan rawatan.

@nocaaa_/Twitter

Selepas diperiksa oleh doktor haiwan, malangnya, anak anjing yang comel itu telah disahkan mengalami patah tulang di kaki kiri dan anak anjing itu memerlukan penjagaan rapi selama dua bulan sebelum kakinya benar-benar sembuh.

@nocaaa_/Twitter

@nocaaa_/Twitter

Walau bagaimanapun, wanita ini memaklumkan dalam thread kirimannya bahawa dia tidak dapat menjaga anak anjing yang malang itu walaupun untuk masa yang singkat.

Jadi, dengan penuh rasa berharap, dia meminta bantuan kepada mana-mana warganet yang berminat untuk tampil menghubunginya bagi mengambil anak anjing ini untuk dijaga.

@nocaaa_/Twitter

Selain itu, wanita ini juga turut memaklumkan dalam kirimannya bahawa dia turut menyediakan makanan anjing, sebuah sangkar dan beberapa keperluan lain untuk diberikan sekali kepada mana-mana insan yang sudi menjaga anak anjing ini.

Bagaimanapun, belum cukup 12 jam selepas @nocaaa_ memuat naik kirimannya itu, seorang warganet telah pun menghubunginya untuk mendapatkan anak anjing itu untuk dijaga.

Dan, dengan gembiranya kini anak anjing itu telah pun menemui pemilik baharu yang akan menjaganya dan memberikannya kasih sayang.

@nocaaa_/Twitter

Sememangnya, kisah-kisah sebegini membuktikan bahawa media sosial merupakan satu platform yang baik untuk membantu sesama sendiri.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular