Biasa dengar cerita burung gagak dengan takar air di mana gagak dalam cerita itu dikatakan sangat bijak mencari idea supaya dapat minum air di dalam takar yang sedikit itu.

Itu kisah lagenda untuk anak-anak kecil kerana burung abad ini nampaknya lebih daripada itu. Mereka bukan sahaja teruja kerana dapat minum air tetapi lebih seronok kerana dapat bermain air!

Facebook

Contohnya seperti di dalam video ini. Burung kecil yang cantik ini nampaknya sangat teruja apabila dapat menikmati kenyamanan air dan begitu seronok kerana dapat ‘berendam’ di dalam bekas kaca itu.

Apa yang menariknya, terdapat batu-batu kecil yang disusun tinggi di dalam bekas kaca itu supaya burung kecil itu dapat berdiri di dalam bekas air itu.

Facebook

Si cantik itu terus mengibaskan kepak kecilnya menunjukkan dia sangat teruja dan gembira. Kalau burung lain mungkin sudah terbang melarikan diri apabila melihat air tetapi berbeza sekali dengan burung kecil ini.

Mungkin sudah lama dia menunggu detik untuk mandi seperti ini, jadi dia tidak mahu lepaskan peluang keemasan seperti itu!

Facebook

Jika anda mempunyai hari yang muram atau sedang bersedih, lupakanlah seketika tentang semua itu dengan menonton video comel ini. Mungkin selepas itu anda akan tersenyum semula!

Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular