Burger merupakan salah satu sajian makan malam yang paling kerap dibeli oleh masyarakat khususnya individu bujang kerana harganya yang murah, lazat dan mudah didapati. Walau ke mana sahaja kita pergi, pasti kita akan melihat kewujudan gerai burger yang ada di tepi jalan.

Kebiasaannya, kita akan menjadi pelanggan setia sesebuah gerai burger disebabkan oleh keenakan rasa burger yang dibuat oleh penjual. Tetapi berlainan pula dengan penjual burger yang tular di Facebook baru-baru ini gara-gara persembahan yang ditampilkan ketika memasak burger untuk pelanggannya.

Menerusi video berdurasi 55 saat itu, rakaman yang dibuat oleh seorang pengguna bernama @irani_novia menerusi aplikasi TikTok itu jelas menunjukkan gelagat seorang penjual burger yang sempat beramah mesra dengan pelanggannya. Dalam video berkenaan, penjual ini dilihat mempamerkan aksi menimbang telur di udara sebelum memecahkannya di atas kuali sambil menghasilkan bentuk hati.

Penjual ini turut menunjukkan bakatnya menulis nama pelanggan iaitu Rani dengan menggunakan telur tersebut sebelum meletakkan kepingan daging burger di atas telur yang telah dipecahkan. Setelah menyiapkan bentuk hati dengan tulisan Rani di atas kuali, penjual ini sempat berkata, “Rani, saranghaeyo (Rani, saya sayang awak)” sambil membuat lambang hati di atas kepalanya…

Comel dan sungguh menghiburkan!

Malah, penjual ini juga kelihatan tidak lekang dengan senyuman sepanjang dia menyediakan hidangan tersebut. Setelah telur dimasak, penjual ini kemudian mencedok bahagian nama ‘Rani’ itu dan diletakkan di atas daging burger. Katanya, “Namanya harus diletakkan di dalam hati” sambil sekali lagi menunjukkan simbol hati kepada Rani…

Gelagat penjual ini pasti membuatkan ramai pelanggan terhibur dan sentiasa ingin kembali untuk membeli burger di gerainya.. Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian video di Facebook Sinar ini telah menerima sehingga lebih 956000 kali tontonan!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI VIDEO

Video Popular