Salah-satu tabiat buruk yang sukar untuk dihapuskan di negara ini adalah tabiat membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya.

Dan, jika perkara ini tidak dibendung, sesebuah kawasan cenderung menjadi lebih ‘teruk’ selepas menerima timbunan sampah yang tidak sepatutnya berada di situ.

Bagaimanapun, seorang pengguna laman Reddit, afiqsyran86, baru-baru ini memuat naik video pendek yang menunjukkan aktiviti yang dilakukannya untuk membantu memelihara kesejahteraan alam sekitar.

afiqsyran86/reddit

Dan video berkenaan telah mendapat sambutan ramai warganet yang benar-benar berasa terharu dan memuji tindakannya.

Apa yang dilakukan oleh Afiq adalah sangat ringkas, tetapi sangat jarang dilakukan. Melalui video pendeknya, Afiq menunjukkan bagaimana dirinya membersihkan sebuah kawasan kolam tadahan yang terletak berhampiran rumahnya di Kuala Lumpur.

afiqsyran86/reddit

Menurut perkongsian SAYS, kebanyakan sampah yang terkumpul di dalam kolam tadahan ini datang daripada kedai-kedai, restoran dan sebagainya. Dan, hasil kutipan sampah Afiq dalam kolam itu sahaja telah terkumpul sebanyak kira-kira 360 liter. Jumlah yang sangat besar!

Afiq yang melakukan aktiviti ini sendirian berasa sangat kesal dengan apa yang terjadi dan dia sangat berharap agar lebih ramai penduduk di Malaysia lebih prihatin dan sama-sama bertanggungjawab menjaga kebersihan alam sekitar.

afiqsyran86/reddit

Menurutnya, dengan hanya mengingatkan orang ramai untuk tidak membuang sampah merata-rata bukanlah satu langkah yang baik kerana hal itu tidak akan memberi perbezaan, sebaiknya mereka perlu ‘diajar’ dengan cara yang lebih tegas seperti memberi peringatan berserta bukti video kesalahan yang dimuat naik di internet.

Some idea on what to do on Sunday, this. Jumpa, sampah kutip. from r/malaysia

afiqsyran86/reddit

“Takut untuk menjadi tular adalah salah satu motivasi untuk tidak membuang sampah merata-rata pada masa ini,” tegas Afiq.

Pastinya, tindakan yang dilakukan oleh Afiq dalam memelihara alam sekitar ini adalah satu tindakan yang sangat mulia dan perlu dibanggakan. Semoga lebih ramai penduduk di Malaysia yang mempunyai sikap seperti Afiq!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular