Buat penggemar minuman kopi, kita tidak boleh hidup sehari tanpa menikmati secawan kopi. Terdapat banyak pilihan kopi yang terkenal di Malaysia seperti Starbucks, Coffee Bean, San Francisco, The Library Coffee Bar dan sebagainya.

Namun, satu lagi kedai kopi yang bakal menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia tidak lama lagi adalah sebuah kedai kopi di Metro Point Kajang yang tular gara-gara memiliki nama menu yang aneh. Kopi Kisah Kita yang terletak di tingkat bawah LOT GL08 ini dikatakan tular kerana nama-nama menunya yang penuh dengan ayat-ayat menusuk kalbu dan romantis.

Disebabkan oleh keunikan itulah yang membuatkan orang ramai tertarik untuk merasai kelazatan kopi di Kedai Kopi Kisah Kita ini. Terdapat pelbagai jenis minuman yang disediakan dengan nama-nama yang unik. Antaranya:

Daily Makan

  • Kopi Janji Manis / Salted Caramel Latte
  • Kopi Harapan Palsu / Tiramisu Latte
  • Kopi Nostalgia / Creme Bulee Latte
  • Kopi Jarak Jauh / Hazelnut Latte
  • Kopi.Lih Dia / Machiatto
  • Kopi Dua Darjat / Mocha
  • Kopi Single / Americano
  • Kopi Kisah Kita (pilihan ramai)
  • Coklat

Daily Makan

Malah, pada paparan menu juga diselitkan ayat-ayat puitis yang seolah-olah ditujukan kepada mereka yang sedang hangat bercinta atau mungkin baru putus cinta… Ayat-ayat ini juga dipilih berdasarkan kepahitan atau kemanisan sesuatu produk minuman tersebut. Sebagai contoh, minuman kopi Americano sememangnya diketahui memiliki rasa yang amat pahit dan apabila digabungkan dengan pepatah “Pahit dan kelam seperti malamku yang ditemani sepi dan angin malam” menjadikan pembeli tertarik untuk mencubanya.

Daily Makan

Penularan kedai kopi ini membuatkan majoriti warganet memberikan pelbagai komen tentang nama menu tersebut. Antara komen yang diberikan adalah:

“Pemilik kafe ini baru lepas putus cinta ke?”

“Kasihan coklat kerana tiada kisah cinta”

“Buat masa sekarang kopi jarak jauh sahaja lah”.

Ternyata, pemilihan nama menu yang kreatif ini berjaya membuatkan kedai Kopi Kisah Kita mendapat sambutan yang begitu hangat dalam kalangan netizen. Semoga pemilik dapat membuka lebih banyak rangkaian di kawasan lain seluruh Malaysia dan memberikan peluang untuk kita semua menikmati secawan kopi sambil ditemani kenangan silam…

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES INSPIRASI

Video Popular