Kebiasaan perlawanan bola sepak ditunda dengan pelbagai alasan seperti kecederaan pemain atau cuaca buruk, tetapi alasan ini amat jarang berlaku kerana ia membabitkan pendaratan cantik seekor burung kakaktua spesies macaw yang mempesonakan di atas kepala salah seorang pemain.

Perlawanan bola sepak wanita yang berlangsung di Pantanal, Brazil pada 20 September minggu lalu terpaksa dihentikan seketika apabila seekor macaw berbulu biru emas yang cantik telah mendarat tepat di atas kepala pemain bernama Bruna Benites. 

ABC News/Facebook

Oleh kerana kakaktua ini berada di tempat yang amat menarik perhatian semua orang, dia telah ditawarkan dengan objek lain yang berbentuk kepala paling dekat untuk membolehkannya bergerak ke tempat lain dan berganjak dari kepala Bruna.

ABC News/Facebook

Jurulatih pasukan kemudian memanggil dan memujuk burung kakaktua macaw itu untuk berganjak ke atas sebiji bola yang diletakkan di sebelah kepala Bruna, dan nasib baik dia menyukainya lalu kemudian telah terbang rendah sebelum keluar dari padang ke arah tiang gol, mungkin untuk mencari kepala lain pula untuk mendarat.

ABC News/Facebook

Bruna Benites menjelaskan di laman Instagram miliknya bahawa mereka sudah biasa melihat burung kakaktua ini berkeliaran dan dia sering bermain serta menjadi pengunjung tetap stadium itu, umpama maskot Pantanal yang juga kawasan rizab paya tropika terbesar di dunia.

ABC News/Facebook

Burung itu merupakan haiwan domestik yang berlesen peliharaan sebuah keluarga yang menginap di sebuah kondomunium bersebelahan stadium itu dan dia dibiarkan terbang bebas oleh pemiliknya serta dijaga dengan baik, dengan semua pemain sudah biasa melihatnya menjadi penonton ketika mereka mengadakan sesi latihan . 

ABC News/Facebook

Tetapi pada hari itu, tiba-tiba sahaja kakaktua ini memutuskan untuk mengambil bahagian dalam permainan, lalu telah terbang ke arah padang dan mendarat di atas kepala Bruna sebelum dia dipujuk keluar dari padang stadium.

ABC News/Facebook

“Rasa agak comel apabila seekor burung kakaktua mendarat di atas kepala saya, tetapi ia bukan idea yang baik apabila cakarnya yang tajam berada di atas kepala saya ketika perlawanan sedang berlangsung. Ia satu teka-teki yang nyata apabila semua orang tertanya-tanya,” jelas Bruna ketika mengulas peristiwa luar jangkaan itu.

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share

Video Popular