Air di Sungai Gong, Rawang yang sebelum ini dilaporkan tercemar kini difahamkan telah bertukar kepada warna hitam.

Sehubungan dengan itu, pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengaktifkan kod kuning sebaik sahaja menerima laporan mengenainya daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Menurut kenyataan LUAS, sampel yang diambil mendapati kandungan ammonia adalah sebanyak 5.2 miligram per liter (mg/l) dan TSS adalah 47mg/l.

LUAS/Facebook

Walau bagaimanapun, siasatan LUAS bersama Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) di River Monitoring Station (RMS) Country Homes mendapati tiada bau dan minyak dikesan.

Siasatan lanjut terhadap kualiti air sungai mendapati buih dan efluen itu berasal daripada kilang rawatan kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) di kawasan Perindustrian Rawang.

Dalam pada itu, pihak IWK difahamkan telah memberhentikan aliran air daripada ‘incoming pump’ dan seterusnya memberhentikan pelepasan discaj efluen.

LUAS/Facebook

Siasatan di Sungai Sembah juga mendapati tiada bau atau perubahan warna di anak sungai Sungai Selangor.

“(Susulan itu), tiada henti tugas loji dan gangguan bekalan air dilaporkan setakat ini”, jelas kenyataan LUAS.

Pemantauan rapi daripada semasa ke semasa turut dilakukan LUAS bersama agensi berkaitan berhubung dengan isu ini.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular