Pengalaman mempunyai ahli keluarga dari kalangan orang kelainan upaya (OKU) pastinya bukan perkara yang biasa dilalui oleh semua orang.

Dan lazimnya, kediaman bagi insan istimewa begini akan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang memudahkan kehidupan seharian mereka.

NTD Television/Facebook

Contohnya untuk seorang ibu yang bersaiz kerdil ini, kediaman yang didudukinya semestinya merupakan sesuatu yang istimewa kerana setiap sudut rumahnya telah diubahsuai mengikut kesesuaian saiznya. 

Kebanyakan daripada perabot di dalam rumahnya adalah bersesuaian dengan saiz dirinya, dan dalam masa yang sama saiz perabot di rumah itu kelihatan agak janggal untuk anak lelakinya yang bersaiz normal.

Contohnya, meja makan ini!

NTD Television/Facebook

Paip air dalam tab mandi pun dipasang rendah!

NTD Television/Facebook

Tidak cukup dengan itu, kenderaan yang dipandu oleh ibunya juga telah diubahsuai agar pergerakan ibunya tidak terbatas di dalam rumah sahaja! Menarik betul!

NTD Television/Facebook

Bagaimanapun, wanita yang istimewa ini nampaknya telah dikurniakan dengan seorang anak yang sangat memahaminya dan ringan tulang. Anak lelakinya itu telah mencipta alat menggunakan sebatang kayu untuk memudahkan lagi tugasan ibunya di rumah berkenaan.

Comel betul reaksi ibunya!

NTD Television/Facebook

Anak lelakinya juga dilihat sering berusaha untuk menggembirakan hati ibunya dengan melakukan pelbagai aktiviti bersamanya seperti mengubahsuai dinding dapur, memberi makan kepada tupai liar dan juga seringkali mengusik ibunya itu!

NTD Television/Facebook

NTD Television/Facebook

Menerusi beberapa video pendek yang digabungkan dalam satu video panjang yang dikongsikan oleh laman Facebook NTD Television ini, dapat dilihat bahawa hubungan antara kedua anak-beranak ini sememangnya adalah sangat akrab dan saling memenuhi antara satu sama lain.

Dan semestinya, kerana kecomelan saiz ibunya, video ini telah berjaya menarik perhatian ramai!

NTD Television/Facebook

NTD Television/Facebook

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman yang telah dimuat naik pada 22 Ogos ini telah pun meraih sehingga lebih dari 651,000 reaksi, lebih dari 89,000 perkongsian dan lebih dari 12,000 komen dari warganet yang jelas terharu dengan hubungan yang manis antara ibu dan anak lelakinya ini.

NTD Television/Facebook

Ternyata, walaupun keluarga kecil ini adalah istimewa, namun mereka tetap sempurna dan langsung tiada beza dengan keluarga lain.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular