KUALA LUMPUR- Aktiviti berbasikal di negara ini semakin popular dan mula mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Namun begitu, aspek keselamatan tetap perlu diambil perhatian khusus oleh setiap pihak terutama buat penunggang dan pengguna jalan raya.

Untuk tujuan ini, para penunggang dilarang untuk menunggang di lebuh raya demi keselamatan. Jadi, pihak polis telah mengeluarkan arahan yang melarang aktiviti ini dijalankan di lebuh raya.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman Facebook rasmi mereka berkata bahawa tindakan boleh diambil terhadap mereka yang mengingkari peraturan di bawah Seksyen 70(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu melarang atau menyekat daripada menggunakan kenderaan di atas mana-mana jalan yang tertentu dan Seksyen 79(2) akta sama kerana mengabaikan isyarat kenderaan yang tidak dibenarkan di lebuh raya.

Sekiranya didapati bersalah bagi Seksyen 70 APJ 1987, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 atau penjara tidak lebih dari tiga bulan atau kedua-duanya sekali. Manakala bagi Seksyen 79(2) akta sama pula memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM300 dan tidak melebihi RM2,000.

Menurut Ketua Jabatan Penguatkuasaan dan Siasatan Trafik, Datuk Azisman Alias, kesalahan itu dinyatakan dengan jelas dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dia menasihati semua penunggang basikal agar tidak menggunakan lebuh raya dan jalan raya yang sibuk sebagai laluan berbasikal mereka bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP NASIONAL

Video Popular