Pada musim sejuk tahun lalu, Renee Becerra dari New York telah didatangi oleh ‘tetamu’ yang tidak disangka-sangka iaitu seekor ibu kucing bersama tiga ekor anaknya yang masih kecil. Ibu kucing itu kelihatan sangat berwaspada dengan keadaan di sekeliling memandangkan dia hadir bersama anak-anak kecilnya.

Apa yang palung membimbangkan cuaca ketika itu sangat sejuk dengan suhu yang sangat rendah. Keadaan ini pasti akan membuatkan mereka jatuh sakit jika tidak dibantu.

Mujurlah kucing-kucing itu datang ke tempat yang betul, iaitu di rumah Renee yang merupakan seorang penjaga kucing di kawasan kediamannya. Melihat keadaan mereka, Renee memutuskan untuk membantu kucing-kucing tersebut.

Renee kemudian membina tempat perlindungan dan menyediakan makanan untuk mereka bagi melalui musim sejuk itu. Tidak lama kemudian Renee mendapati tempat perlindungan yang dibina telah mula digunakan oleh kucing-kucing itu. Ibu kucing telah membawa anak-anaknya untuk tinggal di situ untuk berlindung daripada suhu yang sangat sejuk.

Malangnya salah seekor daripada anaknya tidak dapat bertahan dan mati. Renee dan tunangnya, Nathaniel Steyr kemudian segera mengumpulkan bekalan yang diperlukan kucing-kucing itu dengan harapan dapat menolong mereka supaya dapat bertahan sepanjang musim sejuk.

Namun, ibu kucing menghilangkan diri selepas itu dan meninggalkan anak-anaknya di situ. Renee kemudian menjaga anak-anak kucing itu selama dua bulan sebelum menyerahkannya kepada persatuan haiwan supaya kucing-kucing itu boleh mendapatkan keluarga angkat.

Dalam masa yang sama Renee sentiasa berharap agar ibu kucing itu kembali semula dan pada musim luruh tahun ini ibu kucing kembali semula di tingkap rumah Renee dan tidak lama kemudian Renee membawanya masuk ke dalam rumah dan ketika itu New York mula sejuk dan ribut salji juga melanda.

Kehadiran ibu kucing itu disedari oleh Nathaniel apabila mendengar ada pergerakan di tingkap dan ketika itulah dia ternampak ibu kucing yang pernah datang ke rumah itu bersama anak-anaknya suatu ketika dahulu. Kali ini kedatangan ibu kucing nampaknya dalam keadaan dia sedang memerlukan pertolongan.

Selepas dilihat-lihat telinga kucing itu sebenarnya telah ditindik yang menunjukkan dia telah ditolong oleh orang lain sebelum itu. Kucing itu terus mencakar tingkap seolah-olah meminta izin untuk membenarkannya masuk ke dalam ekoran cuaca yang begitu sejuk ditambah dengan salji dan angin.

Nathaniel kemudian membawa kucing itu ke bilik mandi dan si comel ini mula tenang semula. Dia juga suka dipeluk dan dibelai. Renee yang tahu mengenai berita itu sangat terkejut dan gembira.

“Ketika saya melihatnya untuk pertama kalinya, dia bersembunyi di belakang pintu tandas, tetapi ketika saya mahu mendapatkannya, dia segera mula berbunyi.”

“Kami sering berpelukan. Dia kelihatan senang duduk di atas pangkuan saya dan suka dibelai.”

Pasangan itu kemudian merancang untuk terus menjaga kucing ini selepas membawanya berjumpa dengan doktor haiwan dan berharap agar kucing ini boleh berkawan baik dengan anjing peliharaan mereka, Hugo.

“Dia sangat suka akan pelukan, dan sentuhan yang kami berikan kepadanya.”

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular