NEW DELHI- Baru-baru ini seorang budak lelaki dilaporkan telah mengambil wang pencen datuknya semata-mata untuk dibelanjakan bagi permainan mudah alih, PUBG. Menurut laporan jumlah wang yang diambil ialah sekitar 2.3 lakh atau RM 12,931.

Menurut Gulf News, datuknya hanya mengetahui tentang kejadian itu setelah menerima pesanan yang memaklumkan bahawa sebanyak 2,500 rupee atau RM141 telah ditolak dari akaun banknya dan baki yang tinggal hanya 272 rupee (RM15.46).

Dia kemudian dengan segera terus menghubungi bank kerana beranggapan dia mungkin terlibat dalam penipuan. Menurut laporan polis, lelaki itu tidak pernah melakukan pemindahan wang dan tidak pernah menerima kata laluan sekali guna (OTP).

Mengikut laporan dari portal agensi berita di India, Jabatan Siber Polis New Delhi mengesahkan bahawa remaja berumur 15 tahun itu telah memindahkan wang pencen dari akaun datuknya sebelum menggunakan wang itu untuk melakukan pembelian aplikasi dalam akaun PUBG miliknya.

Selepas siasatan, polis mendapati bahawa wang itu dipindahkan ke Paytm yang merupakan dompet mudah alih milik seorang individu, Pankaj Kumar yang berusia 23 tahun. Remaja lelaki itu kemudian memberitahu polis bahawa rakannya telah meminta ID dan kata laluan akaun Paytm miliknya.

Individu yang menggunakan akaunnya itu kemudian telah menggunakannya untuk membuat pembayaran di Google Play dan rupa-rupanya individu tersebut adalah dia sendiri.

Setelah ditahan, remaja lelaki itu mengakui bahawa dia telah memindahkan sejumlah wang dari akaun datuknya untuk  melanggan permainan dalam talian itu.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular