Sama seperti kita, haiwan juga memerlukan perlindungan dan tempat yang selamat bukan sahaja untuk hidup malah untuk keluarga mereka membesar. Ibu haiwan biasanya akan bertanggungjawab dalam memastikan anak-anak mereka selamat walau dalam apa juga keadaan sekali pun.

Facebook | Eco Echo

Sama seperti harimau bintang ini apabila dia sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan anak-anak kecilnya selamat dan mendapatkan tempat tinggal, dia terpaksa mencari perlindungan di sebuah pondok tempat penyimpanan barang. Walaupun habitat semula jadi mereka di hutan tetapi dia terpaksa masuk ke dalam sebuah pondok di sebuah ladang untuk melahirkan anaknya memandangkan keadaan di hutan agak merbahaya kerana musim hujan.

Facebook | Eco Echo

Menyedari anak-anak yang bakal dilahirkan mungkin akan sakit akibat hujan lebat, ibu harimau bintang ini masuk ke dalam sebuah pondok sebelum melahirkan anaknya di situ. Hal tersebut disedari oleh petani yang merupakan pemilik ladang tersebut dan dia terus menghubungi biro hutan.

Facebook | Eco Echo

Kumpulan perlindungan haiwan, Eco Echo kemudian tiba di tempat kejadian dan terus memasang kamera di situ untuk memantau keadaan di dalam pondok itu. Ketika kerja-kerja dijalankan di situ ibu harimau bintang tiada di situ. Hanya tinggal empat ekor anak kecilnya sahaja yang ada di dalam pondok itu.

Kumpulan Eco Echo juga menasihati penduduk kampung Igatpuri supaya tidak panik dengan kehadiran harimau bintang itu. Tidak lama kemudian si ibu pun muncul dengan membawa pulang seekor ayam. Rupa-rupanya dia pergi memburu untuk mendapatkan makanan.

Facebook | Eco Echo

Pihak berkuasa tempatan kemudian menghantar beberapa orang pekerja untuk terus memantau keadaan harimau bintang itu. Mereka juga menjaga haiwan-haiwan itu dan memastikan tiada orang yang mengganggu mereka. Hanya selepas enam hari ibu harimau bintang ini akhirnya membawa anak-anaknya masuk semula ke dalam hutan selepas redanya musim hujan. Semua orang lega kerana semuanya berjalan dengan baik tanpa ada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Walaupun orang kampung terpaksa kehilangan banyak ayam peliharaan mereka tetapi mereka senang hati kerana dapat membantu keluarga harimau bintang itu selama mereka berada di kampung itu.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular