Orang kalau sudah kreatif buat lah apa sahaja pasti menjadi. Tangan mereka seolah-olah ada magis yang membuatkan apa sahaja yang mereka lakukan pasti menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Apa yang paling mengagumkan ada antara mereka yang sangat bijak dalam ‘menangkap’ apa yang diajarkan kepada mereka.

Contoh mudah seperti yang boleh dilihat di dalam video ini apabila seorang guru mengajar seorang wanita membuat corak di atas kopi. Pada mulanya guru tersebut hanya mengajar wanita itu membuatkan lima helai corak daun tulip dan seterusnya memberi peluang kepada wanita itu untuk melakukannya sendiri.

Wanita itu kemudian terus ‘menggambar’ corak seperti yang diajar, namun apa yang lebih menarik dia bukan sahaja membuat corak daun tulip malah terus membuat bentuk hati yang sangat sempurna di atas kopi tersebut.

Hal ini membuatkan guru itu seolah-olah tidak percaya kerana wanita itu berjaya melakukannya tanpa perlu diajar terlebuh dahulu. Wanita tersebut pula bangga dan gembira kerana dia bukan sahaja boleh menghasilkan daun tulip malah dengan kreatif telah hasilkan bentuk hati yang sangat sempurna.

Mungkin benar orang kata, terkadang murid yang diajar lebih baik daripada guru yang mengajar!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular