Lelaki dari China ini bernasib baik kerana anaknya tidak tercedera sama sekali.

Insiden yang berlaku di Guangxi pada 11 September lalu mencetus perbincangan hangat dan perhatian netizen di media sosial mengenai didikan keibubapaan jenis apakah ini apabila si bapa begitu mementingkan telefonnya daripada keselamatan anak sendiri.

YouTube/Paparan Skrin

Rakaman CCTV menunjukkan seorang budak lelaki dan bapanya menggunakan eskalator sebuah pusat membeli-belah di Guangxi dengan si bapa sibuk bermain dengan telefon pintarnya sementara si kecil ini dibiarkan berlari menaiki eskalator dan seronok bermain dengannya tanpa pengawasan.

Pada satu ketika, anak kecil itu dilihat berlari-lari melawan gerakan eskalator seperti treadmill, namun kaki kecilnya tidak dapat bertahan dan dia terjatuh. 

YouTube/Paparan Skrin

Dia dibawa ke atas dan seluarnya tersangkut di hujung eskalator sehingga sampai mencecah lantai tingkat atas ketika eskalator terus bergerak.

Si kecil kemudian berusaha sedaya upaya untuk mengangkat dirinya tetapi tidak berjaya kerana seluarnya telah tersepit di hujung eskalator. Lalu dia kemudian menjerit dan menangis dengan memanggil bapanya yang begitu leka memerhatikan telefon pintar. 

YouTube/Paparan Skrin

Bapa ini kemudian berlari untuk menyelamatkan anaknya itu dan beberapa saat kemudian, seorang wanita datang memberikan bantuan segera.

Mereka tidak dapat mengeluarkan seluar anak kecil ini dari eskalator yang masih bergerak, sebaliknya menanggalkan seluar anak itu sebagai ganti dan nasib baik cubaan itu telah berjaya.

YouTube/Paparan Skrin

Ketika anak ini telah berjaya diselamatkan dengan bantuan wanita itu, si bapa berasa lega dan memeluknya, namun apa yang menyakitkan hati untuk dilihat ialah ketika dia terus mengeluarkan telefon pintarnya sementara wanita itu menarik keluar seluar anak ini dari eskalator. 

YouTube/Paparan Skrin

Bapa tidak bersyukur ini kerana sikapnya yang lalai kembali asyik membelek telefonnya tanpa menghiraukan wanita itu yang sedang berkata sesuatu kepadanya.

YouTube/Paparan Skrin

Orang dewasa dan ibu bapa perlu peka bahkan tidak boleh terleka untuk menyedari anak kecil tidak mengetahui akan bahaya yang berada di sekeliling mereka dan si kecil mampu terjebak dengan kemalangan jika terdapat kecuaian.

YouTube/Paparan Skrin

Bayangkan apa akan terjadi sekiranya tiada bantuan segera daripada wanita itu dan bapa ini terus leka dengan dunia telefonnya tanpa mengawasi anak kecilnya yang agak lasak.

Tonton video di bawah:

<iframe width=”640″ height=”360″ src=”https://www.youtube.com/embed/RbXKI7HrCUQ” frameborder=”0″ allow=”accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture” allowfullscreen></iframe>

YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL VIDEO

Video Popular