Mungkin semua orang jadi teruja apabila mendengar lagu Pinkfong ‘Baby Shark’ yang turut telah ditonton sebanyak 6.5 bilion kali di YouTube dan apa sahaja yang berkaitan dengannya akan menjadi laris kerana ia membabitkan lagu kegemaran kanak-kanak di seluruh dunia itu.

Populariti ‘Baby Shark’ telah membuat ramai golongan termasuk ‘scammer’ turut mengambil kesempatan. Seorang YouTuber membuat video patung ‘Baby Shark’ yang boleh bergerak dengan comel di saluran YouTube menggunakan teknik CGI (imej penghasilan komputer) sehingga membuat lebih 300 juta penonton percaya bahawa patung permainan comel ini wujud.

Facebook

YouTuber tersebut memberi amaran bahawa video tersebut hanya sekadar tujuan hiburan dan patung tersebut sebenarnya tidak boleh bergerak kerana ia hanya helah CGI, juga ia bukan untuk tujuan perniagaan dengan melantik mana-mana syarikat untuk menjual permainan.

Facebook

Namun, muncul beberapa kumpulan ‘scammer’ yang telah menggunakan video ini, membuat iklan palsu untuk melariskan patung ‘baby shark’ keluaran mereka dengan melakukan penipuan di kedai Facebook serta platform media sosial lain.

Facebook

Seorang pengguna Facebook turut terpedaya setelah melihat iklan mainan animatronik ‘Baby Shark’ menggunakan video YouTuber tersebut yang dimuat naik di saluran YouTube sejak tahun 2013.

Facebook

‘Scammer’ memuat naik beberapa video contoh patung ‘baby shark’ yang boleh bergerak dengan iklan palsu mereka yang meyakinkan, “Baby Shark hidup boleh bergerak, Baby Shark gembira dan tersenyum, guna bahan silikon paling selamat, rupa amat mirip Baby Shark. Pesan sekarang!”

Dalam posting di Facebook, netizen tersebut memberi amaran supaya tidak ada sesiapa lagi yang tertipu dengan iklan palsu seperti ini selepas dia membayar RM165 untuk menerima patung ‘Baby Shark’ yang kaku dan palsu.

Facebook

Beli satu percuma satu, tetapi semuanya palsu dan dia telah tertipu!

“Saya mahu membeli permainan untuk anak-anak! Tetapi sebaliknya menerima sesuatu yang amat berbeza serta berlainan sama sekali,” tulisnya.

Facebook

“Harap tiada sesiapa lagi yang terkena,” tulisnya memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak terpedaya dan berhati-hati dengan taktik penipuan menggunakan platform media sosial.

Facebook

Untuk perhatian, sebenarnya ramai mangsa di seluruh dunia telah tertipu dengan taktik penjualan patung animatronik ‘Baby Shark’ comel boleh bergerak dengan cara yang sama sejak beberapa tahun lalu, tetapi scammer melariskan produk palsu mereka menggunakan nama beberapa syarikat yang berbeza.

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP VIDEO

Video Popular