Aktiviti kucing seharian boleh tahan banyak juga sebenarnya. Mereka sering dilihat bersiar-siar, memburu, menjengkelkan anjing dan pelbagai lagi.

Tetapi dalam banyak-banyak aktiviti, seekor kucing comel ini nampaknya memilih untuk mengabdikan dirinya sebagai pencuri!

Itulah Jordan, seekor kucing bewarna putih bertompok hitam yang kerap kali menjalankan kegiatan ‘jenayahnya’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BJ (@jordan_the_feline_cat_burglar) on

Sedar akan tindak tanduk kucingnya, pemilik Jordan, BJ Ross yang menetap di Altoona, Pennsylvania kemudiannya mencipta satu akaun di Facebook untuk mendedahkan sisi ‘buruk’ Jordan.

Untuk pengetahuan anda, Jordanlah si pelaku yang mencuri kasut jirannya. Kucing bertuah itu sering kali dilihat dengan mulut yang penuh sepulangnya ke rumah.

Menurut Ross, tindakannya berkongsi aktiviti Jordan di Facebook adalah kerana berniat untuk memulangkan semula kasut-kasut yang dicuri Jordan kepada pemiliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BJ (@jordan_the_feline_cat_burglar) on

Semuanya bermula pada Januari lalu, di mana Ross menyedari tentang jumlah kasut yang kian bertambah di halaman rumahnya.

Pada mulanya dia tidak menyangka apa-apa dan mahu membuang sahaja kasut-kasut berkenaan sehinggalah dia akhirnya menyedari bahawa ia adalah ‘hadiah’ daripada Jordan.

“Jordan akan membawa satu hingga tiga pasang kasut dalam setiap hari. Walaupun hanya membawa satu per satu, Jordan akan berpatah balik ke lokasi yang dicurinya itu lagi”.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BJ (@jordan_the_feline_cat_burglar) on

“Kami mempunyai sekitar 80 pasang kasut dan juga sarung tangan besbol, pelapik siku dan juga lutut, mainan bahkan pakaian mandi!”, cerita Ross.

Mahu mengetahui tentang ‘pengembaraan’ Jordan di malam hari, Ross kemudiannya memasang pengesan GPS pada kucingnya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BJ (@jordan_the_feline_cat_burglar) on

Ross bahkan turut memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengumpulkan lebih banyak bukti tentang aktiviti Jordan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BJ (@jordan_the_feline_cat_burglar) on

Jelas Ross, setakat ini mereka telah berjaya menemukan seorang sahaja pemilik kepada kasut yang dicuri oleh Jordan.

“Jordan mengambil enam pasang kasut daripadanya sahaja! Dia tidak mempercayai bahawa ia adalah ‘kerja’ seekor kucing. Dia fikir anaknya tersalah letak”.

Pandai ya Jordan!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular