Makanan dengan lelehan keju memang mengiurkan! Lihat sahajalah kentang goreng KFC bersama sos keju cair yang menjadi kegilaan majoriti rakyat Malaysia.

Namun sejauh mana keju cair ini mengandungi keju sebenar? Pernahkah anda terfikir akannya?

Public Health Malaysia/Facebook

Menurut Public Health Malaysia, antara bahan pada cecair keju itu adalah bahan proses – terdiri daripada pelbagai bahan perisa, garam, gula dan ‘maltodextrin’.

Public Health Malaysia/Facebook

Kandungan gula dan garam secara berlebihan seperti yang kita sedia maklum, ternyata memberi kesan yang buruk terhadap kesihatan individu.

Apa pula maltodextrin ini agaknya ya? Ia sebenarnya merupakan bahan tambahan yang digunakan untuk memekatkan dan menambah jumlah makanan yang diproses.

Bahan ini juga mengandungi glycemic index (GI) yang cukup tinggi. Ini bermakna, selepas memakannya, paras gula dalam darah akan meningkat dengan mendadak.

Public Health Malaysia/Facebook

Cukup berbahaya sebenarnya dan ia sudah pasti tidak sesuai untuk pesakit kencing manis. Buat individu yang siihat, pengambilan makanan ini mampu meningkatkan risiko kencing manis kelak.

Justeru, nasihatilah dan kawal pengambilan makanan yang disertakan dengan cecair keju sebegini, terutamanya anak-anak kita.

Mereka sememangnya menggemari makan dengan lelehan keju cair sebegini. Bimbang mereka akan mengalami obesiti pula.

Public Health Malaysia/Facebook

Selain tubuh menjadi les dan tidak bermaya, perkembangan minda mereka juga akan turut terganggu. Kita pula yang susah hati nanti!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular