Bukan semua individu dilahirkan serba mewah dan lengkap, bukan? Usaha seorang murid tahun satu baru-baru ini mendapat pujian netizen di laman Facebook.

Pengguna Facebook yang menggunakan nama akaun Adly Razali pada 10 Ogos lalu ada berkongsi kisah anak murid yang diajarnya.

Adly Razali/Facebook

Menurut guru terbabit, muridnya itu tidak mempunyai mesin pencetak di rumah untuk mencetak kerja sekolah. Namun apa yang bagusnya, keluarga murid tersebut membantunya melukis gambar.

Adly Razali/Facebook

Jadi, tiada mesin pencetak pun tiada masalah untuk murid terbabit. Walaupun guru tersebut tidak meminta gambar pada kerja sekolah itu dilukis (buat mereka yang tiada mesin pencetak).

Tetapi ia bukanlah alasan buat murid terbabit untuk tidak cuba melakukan yang terbaik. Difahamkan bahawa abang dan kakaknya yang membantunya melukis.

Adly Razali/Facebook

Ternyata kerjasama dan bantuan yang diberikan oleh abang dan kakaknya itu sangat dihargai. Cikgu tersebut juga sangat berbangga dengan anak muridnya itu.

Rata-rata pengguna Facebook yang lain turut memberikan kata-kata pujian buat murid itu bersama adik-beradik yang membantunya.

Adly Razali/Facebook

Adly Razali/Facebook

Adly Razali/Facebook

Adly Razali/Facebook

Benar, perkongsian guru ini ternyata membuka mata kita bahawa kita tidak seharusnya mudah mengeluh dengan kekurangan sendiri.

Sebaliknya cuba menukarkan ia menjadi satu peluang untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik, bukan?

Maybe you're interested :

Share

Video Popular