Kucing sememangnya makhluk peliharaan paling lucu dan tidak pernah gagal mencuit hati semua orang walaupun orang itu bukan pun pencinta kucing. Seorang netizen Jepun berkongsi satu gambar di Twitter dengan berkata penyangkut baju berwarna hitam diletakkan di atas tempat tidur serba putih.

Tetapi kemudian melihat lebih dekat penyangkut baju itu kelihatan ‘berbulu’ dan ia kelihatan pelik yang rupa-rupanya angkara gaya tidur lucu kucing hitam miliknya yang bernama ‘Annnn’.

@ri_ok6424/Twitter

Setelah seorang netizen Jepun @Qui1i berkongsi gambar ‘seluar dalam hitam’ atau kucing hitam ini, ramai netizen terus ketawa kerana mereka memang menyangka, “Ya, sungguh-sungguh macam seluar dalam hitam, tapi nampak pelik!”

@Qui1i/Twitter

Lalu seorang netizen lain menyiarkan gambar lucu kucing hitamnya sendiri, yang langsung berubah menjadi ‘penyangkut baju hitam’ seperti sedang mengintip, lantas membangkitkan perbincangan hangat di kalangan netizen yang sakit perut tergelak melihat gaya ‘posing’ lucu si hitam.

‘Penyangkut baju berbulu hitam’ ini sebenarnya berasal daripada muat naik gambar seorang pengguna Twitter @ri_ok6424 yang kemudian ia menjadi tular, apabila si hitam melunjur lurus badan dan kedua belah kaki belakangnya dengan ekornya diregang bengkok sehingga terbentuk seperti pencangkuk.

@ri_ok6424/Twitter

Tambah dia berbaring di atas katil bercadar serba putih dengan berpura-pura menyamar menjadi ‘penyangkut baju hitam’, yang sekali pandang serupa penyangkut baju yang dicampakkan ke atas katil oleh pemiliknya.

Netizen tidak tahan untuk terus ketawa sambil meninggalkan komen lucu:

“Penyangkut baju terlalu lama ditinggalkan di atas katil sehingga tumbuh bulu?” 

“Kedudukan tidur yang ajaib”.

“Berfikir di mana boleh membeli penyangkut baju khas ini?” 

“Penyangkut baju yang tumbuh bulu, akan mendapat ulasan buruk di laman beli-belah”. 

Comel dan lucunya si Annnn…

@ri_ok6424/Twitter

Gaya kucing yang tidur dengan logik benar-benar tidak dapat difahami, jadi anda akan memerhatikannya lagi lain kali, dan mungkin gayanya akan bertambah pelik hari demi hari. Siapa yang tahu…

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular