Setiap orang punya kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Ada yang bijak dalam pelajaran dan ada pula yang pandai dalam melakukan perkara-perkara teknikal. Tidak kira lah apa juga kelebihan yang kita ada, sebaiknya gunakan keistimewaan itu untuk kebaikan dan apa yang lebih penting kita menikmati masa-masa tersebut.

Itulah yang dilakukan oleh seorang artis, Jay Cartner apabila gambar-gambar lukisannya semakin popular dan dikenali ramai. Apa yang lebih mengagumkan gambar lukisannya bukanlah seperti lukisan artis-artis lain yang penuh dengan nilai seni yang suka diterjemahkan malah lukisannya boleh dikatakan lucu, mudah tetapi comel.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @flat_dog_doodles on

Jay mula melukis sejak usianya 5 tahun lagi dan kini dia mempunyai pengalaman dalam seni kreatif selama 25 tahun. Pada mulanya dia hanya melukis gambar-gambar biasa yang tidak menarik perhatian sesiapa pun. Namun dia sering melukis contengan (doodle) yang sering buatkan orang tersenyum.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @flat_dog_doodles on

Jay mempunyai tiga ekor anjing peliharaan- Stanley, Stuart dan Kitty. Pada suatu hari dia telah melukis gambar lucu Stanley dan tanpa diduga gambar tersebut telah menarik perhatian ramai di Facebook dan menerima pelbagai reaksi orang ramai.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @flat_dog_doodles on

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @flat_dog_doodles on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @flat_dog_doodles on

Setelah menerima sambutan hangat daripada orang ramai, Jay mula melukis ilustrasi-ilustrasi yang nampak seperti tidak logik tetapi itulah gaya sebenar anjing-anjing dengan gaya mereka tersendiri dan kesemua gambarnya kelihatan sangat lucu dan comel.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @flat_dog_doodles on

Mengetahui akan kebolehan Jay melukis, ramai yang mula meminta Jay untuk melukis gambar haiwan-haiwan peliharaan mereka. Ada yang meminta Jay melukis gambar anjing mereka, kucing dan gambar kuda juga ada.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @flat_dog_doodles on

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @flat_dog_doodles on

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @flat_dog_doodles on

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @flat_dog_doodles on

Kini Jay semakin terkenal dengan lukisan-lukisan comel seperti itu dan dia juga mula menghasilkan gambar secara digital, melukis pada kanvas, serta menghasilkan lukisan-lukisan edisi terhad seperti yang dilukis pada beg tote.

Gambar-gambar yang dilukis mungkin tidak terkenal seperti potret Mona Lisa yang megah tergantung di Muzium Louvre namun gambar-gambar mudah dan ‘simple‘ seperti itu sudah boleh buatkan ramai yang tersenyum sendiri.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular