Adakah anda suka bakso atau mi sup bebola daging? Memakan mi sup dengan bebola daging yang kenyal dalam ukuran yang tepat, namun anda tidak pernah berasa kenyang dan mahu menambah beberapa bebola daging yang enak ke dalam mangkuk mi sup sekali lagi.

Melihat bebola daging dalam saiz sebenar dengan bau aroma rempah ratus dalam hidangan bakso sudah cukup menyelerakan.

Hellothaigo/Facebook

Baru-baru ini tular di media sosial dengan muat naik rakaman video yang menyiarkan sekumpulan pekerja restoran sedang menghidangkan hidangan mi sup bebola daging yang besar, sebesar ukuran bola sepak.

Dalam video tersebut, anda dapat melihat seorang pekerja mengambil bebola daging bersaiz besar yang dimasak dalam sup tulang dan daging yang sudah direneh lama, lalu memasukkannya ke dalam mangkuk.

Bebola daging yang sangat besar bersama bahan-bahan lain yang tersedia di dalam mangkuk. Video yang dimuat naik telah menarik perhatian dan perbincangan di kalangan netizen dengan secara bergurau memanggilnya, ‘mi sup bebola daging yang telah dibesarkan oleh nenek’.

Hellothaigo/Facebook

Pengguna Facebook, Hellothaigo berkongsi rakaman video pendek tersebut yang mana dalam video itu menunjukkan seorang pekerja restoran dilihat mengambil bebola daging yang besar, sebesar ukuran sendok besar.

Sendok besar hampir sama dengan sebiji bebola daging yang membuat netizen Hellothaigo, Thailand bertanya, “Apakah ini bebola daging atau bola sepak?”

Kalangan netizen cukup terkejut ketika melihatnya. Maka ramailah yang bertanya dan meminta alamatnya kerana mereka juga ingin pergi ke restoran ini dan teringin merasa mi sup bebola daging gergasi tersebut. 

Sambil beberapa orang pula ingin tahu sama ada ia telah dimasak dengan baik dan sempurna.

Hellothaigo/Facebook

Kemudian, seorang netizen mendedahkan jawapannya dengan berkata, “Ini adalah hidangan mi sup popular dari Indonesia yang dikenali  ‘Bakso’. Sup mesti dimakan bersama mi yang diletak bebola daging.”

Rasanya mirip mi sup bebola daging yang biasa, tetapi perbezaannya ia diletak sedikit rempah dalam bebola daging itu dan yang ini dihidangkan dalam cara yang sangat unik kerana ia adalah bakso gergasi yang sangat istimewa, yang tiada di tempat lain.

Kalangan netizen berasa cara hidangan bakso ini agak melucukan sambil memberi komen:

“Ini sup bakso yang dibesarkan oleh nenek…”

“Macam makan bola sepak.”

“Makan satu sahaja dan kamu akan terus kenyang.”

Hellothaigo/Facebook

Semua orang yang ingin mencuba bakso gergasi ini hanya mampu memandangnya dan kempunan sendiri jika mereka berada di luar Indonesia.

Anda mungkin kecewa kerana hidangan ini hanya tersedia di Indonesia. Mungkin apabila berkesempatan berkunjung ke negara itu pada masa depan dan ada rezekinya, maka anda boleh cuba merasa bakso gergasi.

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular