World Wildlife Fund (WWF) pada tahun 2008 yang lalu telah memulakan kempen yang mempamerkan imej haiwan yang kabur dan berpiksel (pixelated).

Mungkin ramai yang tidak tahu apakah alasan disebalik penghasilan imej haiwan berpiksel sebegitu, bukan? Ia sebenarnya mewakili jumlah spesies haiwan liar tersebut yang masih lagi ada di bumi.

Semakin kabur imej haiwan yang dipaparkan, ia bermakna bahawa semakin sedikit jumlah haiwan tersebut.

JJSmooth44/Imgur

Ia sememangnya satu fakta yang menyedihkan, sekaligus mampu menyuntik kesedaran buat semua pihak khususnya dalam isu ini.

Kini projek itu dikembangkan lagi oleh pemilik akaun Imgur, JJSmooth44, di mana hasil kerja individu ini berasaskan kepada kempen WWF tersebut.

Setiap haiwan dilambangkan sebagai kotak berwarna. Beberapa imej bahkan tidak mempunyai piksel yang mencukupi untuk menjadikannya jelas.

Berikut merupakan beberapa imej haiwan yang dimaksudkan :

#1 Harimau Bengal – Populasi dianggarkan sekitar 2,500 sahaja 

JJSmooth44/Imgur

#2 Badak sumbu Hitam –  Populasi dianggarkan sekitar 5,000 sahaja 

JJSmooth44/Imgur

#3 Paus biru – Populasi dianggarkan sekitar 10,000 hingga 25,000 sahaja 

JJSmooth44/Imgur

#4 Orangutan Borneo – Populasi dianggarkan antara 45,000 hingga 69,000 sahaja 

JJSmooth44/Imgur

#5 Cimpanzi – Populasi dianggarkan antara 17,270 hingga 299,700 sahaja 

JJSmooth44/Imgur

#6 Penguin Galapagos – Populasi dianggarkan sekitar 2,000 sahaja 

JJSmooth44/Imgur

#7 Penyu hijau – Populasi dianggarkan antara 3,000 hingga 5,500 sahaja 

JJSmooth44/Imgur

#8 Anjing liar Afrika – Populasi dianggarkan antara 3,000 hingga 5,500 sahaja 

JJSmooth44/Imgur

#9 Gajah pygmy Borneo – Populasi dianggarkan sekitar 1,500 sahaja 

JJSmooth44/Imgur

#10 Panda gergasi – Populasi dianggarkan sekitar 1,864 sahaja 

JJSmooth44/Imgur

#11 Badak sumbu Jawa – Populasi dianggarkan sekitar 60 sahaja 

JJSmooth44/Imgur

#12 Harimau IndoChina – Populasi dianggarkan sekitar 600 hingga 650 sahaja 

JJSmooth44/Imgur

#13 Harimau bintang Amur – Populasi dianggarkan sekitar 60 sahaja 

JJSmooth44/Imgur

Kempen ini dilihat berkesan untuk mengingatkan kita semua tentang keadaan sebenar hidupan liar di sekeliling kita, bukan?

Agak menyedihkan apabila makluk ciptaan Tuhan ini kian berkurangan jumlahnya di bumi. Sama-sama kita lakukan apa yang termampu untuk membantu ya.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular