Warga Hong Kong bergegas membeli surat khabar pro-demokrasi Apple Daily pada 11 Ogos sebagai tanda sokongan kepada pemiliknya, Jimmy Lai yang ditahan pada 10 Ogos ketika pihak berkuasa menggunakan undang-undang keselamatan negara ke atas pengkritik Parti Komunis China (PKC).

Tindakan tegas diperlakukan ke atas perbezaan pendapat di Hong Kong yang mana ia semakin meningkat sejak PKC mengenakan undang-undang keselamatan negara yang dikuatkuasakan secara meluas pada bulan Jun, dengan ahli politik pembangkang dilucutkan kelayakan dan aktivis ditangkap kerana menyiarkan kenyataan mengkritik PKC di media sosial.

Tindakan yang telah menimbulkan kemarahan Barat dan ketakutan berjuta warga Hong Kong sejak tahun lalu yang turun ke jalanan untuk memprotes penguasaan lebih ketat oleh Beijing terhadap wilayah separa-autonomi itu.

Serbuan dan penahanan paling dramatik dilakukan ke atas taikun media Jimmy Lai yang mana merupakan salah seorang antara 10 individu yang ditahan di bawah undang-undang keselamatan negara yang baru pada 10 Ogos lalu, selepas kira-kira 200 pegawai polis menggeledah ruang berita tabloidnya yang secara terang-terangan mengkritik Beijing.

Sebagai tanda solidariti untuk Lai, warga Hong Kong bergegas membeli Apple Daily pada 11 Ogos, dengan akhbar itu mengatakan bahawa pihak mereka telah meningkatkan jumlah cetakan menjadi 550,000 naskah berbanding edaran biasa sebanyak 70,000 naskah.

Seorang pemilik restoran membeli 50 naskah di sebuah gerai berita di daerah komersial Mong Kok, yang sanggup beratur seawal 2 pagi untuk mendapatkan Apple Daily, dengan mengatakan bahawa dia merancang untuk mengedarkan kepada pelanggannya secara percuma.

“Oleh kerana kerajaan tidak membenarkan Apple Daily bertahan, maka kita sebagai warga Hong Kong harus menyelamatkannya sendiri,” kata lelaki yang dikenali sebagai Ng di mana dia mendapatkan akhbar itu dengan segera kerana ia telah habis dijual pada jam 2.35 pagi.

Facebook

Tajuk utama akhbar tersebut menunjukkan gambar Jimmy Lai ditahan dan diiringi pihak polis dalam tulisan merah yang berkata, ‘Apple akan terus berjuang’.

Lebih 50 orang beratur di Mong Kok dan sekitar lokasi lain untuk membeli akhbar tersebut termasuk seorang wanita yang dikenali sebagai Chan yang membeli 16 naskah.

“Hong Kong adalah tempat di mana kebebasan media diamalkan, tetapi pihak polis sekarang menekan kebebasan media dalam cara berprofil tinggi. Saya berasa amat marah,” kata Chan.

Dengan warga Hong Kong kini berada dalam ketakutan untuk mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran seperti tahun lalu, peristiwa dalam beberapa minggu terakhir yang menunjukkan dengan hanya memuat naik posting di media sosial, seorang individu juga boleh dihukum, maka pemprotes mencari cara lebih inventif untuk menunjukkan tanda sokongan atau solidariti.

Seorang pembaca Apple Daily bernama Feng berkata gerai surat khabar di Argyle Street tidak dapat menjual Apple Daily lebih awal, jadi dia harus datang ke gerai di Mong Kok untuk membelinya. 

“Ini adalah pembelian hati nurani kerana ini adalah sikap kita orang Hong Kong, berkeras untuk melaporkan kebenaran, semuanya berlaku terlalu pantas dan saya rasa akan ada sesuatu yang salah, jadi saya tidak gembira. Saya rasa orang Hong Kong akan terus berjuang dan tidak akan membiarkan, dengan menggunakan cara yang berbeza untuk menyatakan pendirian,” tegas Feng.

Penahanan Jimmy Lai mencetuskan kenaikan saham kumpulan media itu, dengan nilai sahamnya terus meningkat hampir 1,000 peratus pada hari Selasa bermula pagi Isnin, 10 Ogos.

Undang-undang keselamatan negara Hong Kong yang baru menetapkan gerakan pemisahan, penindasan, keganasan dan berkomplot dengan pasukan asing sebagai kesalahan jenayah.

Kesalahan jenayah paling serius di bawah undang-undang yang diperkenalkan pada 30 Jun dan tidak seharusnya menjadi retroaktif, yang membawa hukuman penjara seumur hidup.

Peruntukan dengan tafsiran undang-undang meluas yang mengenakan tindakan ke atas ucapan politik tertentu seperti menganjurkan sekatan, dan kuasa autonomi lebih luas atau kebebasan untuk Hong Kong sebagai satu jenayah. Undang-undang serupa digunakan untuk menangkis kritikan pembangkang.

Jimmy Lai, 71 tahun ditahan atas tuduhan berkomplot dengan pasukan asing, dan juga penipuan, dalam operasi yang mensasarkan kumpulan penerbitannya, Next Digital.

Turut ditahan adalah dua anak lelaki Lai, aktivis pro-demokrasi yang masih muda, Agnes Chow dan Wilson Li, bekas aktivis yang bekerja sebagai wartawan bebas untuk ITV News berpangkalan di Britain.

Walaupun polis sedang menjalankan soal siasat, Beijing memuji penahanan Lai, dengan menyatakannya sebagai ‘anti-China bijak berkata-kata’ yang bersekongkol dengan orang asing untuk ‘menimbulkan kekacauan’.

Pengkritik percaya undang-undang keselamatan tersebut telah mengakhiri kebebasan sebenar dan autonomi utama yang dijanjikan oleh Beijing kepada Hong Kong setelah wilayah itu diserahkan oleh Britain pada tahun 1997.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat  Mike Pompeo, yang bertemu dengan Jimmy Lai pada tahun lalu, menggambarkan penangkapan Lai sebagai ‘bukti lebih lanjut’ bahawa pihak berkuasa China telah ‘mengasingkan kebebasan Hong Kong dan menghakis hak rakyatnya’.

“Kami akan bertindak balas dengan cara sebenar,” janji  Mike Pompeo dalam wawancara dengan Newsmax.

Amerika Syarikat telah mengenakan sekatan ke atas sekumpulan pegawai PKC dan Hong Kong termasuk pemimpin Hong Kong Carrie Lam pada minggu lalu dan sebagai tindak balas PKC melakukan serbuan dan penahanan tersebut.

PKC mengecam sekatan itu sebagai ‘biadab’ dan menjatuhkan hukuman balas terhadap beberapa ahli politik senior Amerika Syarikat dan pejuang hak asasi manusia terkemuka.

Dalam satu taklimat larut malam, polis Hong Kong menyatakan mereka yang ditangkap adalah sebahagian daripada kumpulan yang sebelum ini melobi sekatan asing.

“Setelah undang-undang keselamatan negara berkuatkuasa, kumpulan ini masih aktif,” kata Superintendan Kanan Li Kwai-wah kepada wartawan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular