Gara-gara memukul seorang pengawal keselamatan warga Nepal tempoh hari, suspek yang juga warganegara Nepal dikenakan hukuman penjara empat bulan.

Perintah itu dibuat oleh Mahkamah Majistret pada 11 Ogos setelah kes itu disiasat berikutan video kejadian tersebut yang tular di laman media sosial.

Facebook

Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu kepada Ram Gopal Murau yang berusia 34 tahun selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan.

Difahamkan mahkamah memerintahkan tertuduh untuk menjalani hukuman penjara selama empat bulan itu bermula daripada tarikh tertuduh ditahan iaitu pada 3 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa memukul mangsa, Eslam Husen dengan sengaja menggunakan cota kayu sehingga menyebabkan kecederaan bertempat di ruang letak kereta di sebuah kompleks beli belah di Taman Melati.

Berdasarkan video kejadian yang berlaku pada 7 Julai yang lalu itu, mangsa dilihat dipukul dengan cota kayu berkali-kali, selain turut ditampar dan ditumbuk oleh tertuduh.

Facebook

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar sebelum ini memohon pihak mahkamah untuk menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh.

Ini bertujuan agar tertuduh tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama di masa hadapan. Tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu agar hukumannya diringankan.

Dia dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda, atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular