Pada zaman ini, ancaman bahaya boleh datang dari sesiapa dan di mana sahaja kita berada sekiranya kita lalai dan tidak berhati-hati.

Kaum wanita khususnya sering kali dijadikan sebagai sasaran untuk penjenayah melakukan kegiatan jahat mereka kerana wanita tidak memiliki kudrat yang kuat seperti lelaki.

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai May Qi baru-baru ini telah mengambil inisiatif untuk berkongsi satu kejadian menakutkan yang terjadi kepada dirinya ketika dia berada di kawasan parkir pusat membeli-belah Mid Valley.

Facebook

Insiden yang dilaporkan berlaku pada 6 Ogos sekitar jam 9.36 malam itu menunjukkan May Qi yang sedang bersiap sedia untuk membuat perjalanan pulang ke rumahnya. Bagaimanapun, kenderaan May Qi secara tiba-tiba telah dihampiri oleh seorang lelaki ‘bertudung’.

May Qi telah memuat naik video pendek berdurasi lapan saat ke Facebook bagi mengingatkan orang ramai di luar sana khususnya kaum wanita untuk sentiasa berjaga-jaga agar kejadian ini tidak berlaku kepada orang lain.

Jelas May Qi, lelaki yang tidak dikenali itu telah berlegar-legar berhampiran kenderaannya sekitar dua minit. Malah, individu berkenaan juga melakukan cubaan untuk membuka pintu di bahagian penumpang hadapan selain mengetuk cermin sisi kereta.

Facebook

Sebaik sahaja menyedari pintu kereta telah dikunci, lelaki ini bergerak secara perlahan ke bahagian pintu belakang dan cuba untuk membukanya namun gagal. May Qi sempat merakamkan kejadian itu sambil membunyikan hon kenderaannya berkali-kali bagi memohon bantuan.

Mujur, seorang pengawal keselamatan datang untuk menghulurkan bantuan dan menyelamatkan keadaan. Sebaik sahaja perbuatannya diketahui, lelaki berkenaan terus berjalan tenang seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Facebook

May Qi mengakui kejadian seperti ini sering kali berlaku di kawasan parkir pusat beli-belah namun dia langsung tidak menyangka ianya akan berlaku kepada dirinya sendiri.

Khuatir akan keselamatan dirinya, May Qi telah membuat laporan di balai polis berdekatan dan juga kepada pihak pengurusan Mid Valley sendiri.

Facebook

Pada 10 Ogos lalu, Mid Valley telah mengeluarkan kenyataan rasmi di Facebook yang mengesahkan bahawa insiden tersebut telah berlaku di kawasan parkir.

Pemeriksaan lanjut juga telah dijalankan dan mendapati lelaki berkenaan tidak dilengkapi dengan sebarang senjata berbahaya mahupun sijil pengenalan diri.

Oleh demikian, pihak pengawal keselamatan telah mengiringi lelaki berkenaan keluar daripada kawasan pusat beli-belah tersebut.

Facebook

“Kami ingin memastikan orang awam bahawa kami akan mengawasi premis dan kawasan sekitarnya dengan ketat memandangkan keselamatan dan kesihatan para pengunjung dan penyewa adalah keutamaan kami”.

Semoga perkongsian May Qi akan menjadi iktibar kepada kita semua untuk sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan mengutamakan keselamatan diri.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular