Memiliki haiwan peliharaan adalah satu idea yang bagus kerana haiwan dipercayai boleh membantu menaikkan mood seseorang dan menjadi peneman yang baik tatkala kesunyian.

Bagi wanita Jepun ini, dia tidak pernah bercadang untuk memelihara haiwan selepas melangsungkan perkahwinan bersama suaminya yang berasal dari negara Emiriyah Arab Bersatu. Malah, kedua-duanya juga pernah berjanji untuk tidak mengambil mana-mana haiwan sebagai peliharaan ketika mereka mengikat tali perkahwinan kira-kira 10 tahun yang lalu.

Namun, itu semua hanyalah perancangan semata-mata. Apa yang dirancangnya kini berubah sama sekali apabila wanita ini dan suaminya kini memelihara lebih daripada 10 ekor kucing di rumah mereka!

Twitter

Lebih menakjubkan lagi, kesemua kucing-kucing itu telah diterbangkan khas dari negara matahari terbit iaitu negara kelahiran si isteri. Nampaknya, bukan sahaja manusia boleh beradaptasi di negara asing tetapi haiwan juga!

Twitter

Malah, kesemua kucing tersebut kelihatan amat menikmati kehidupan baharu mereka di padang pasir. Setiap hari, pasangan suami isteri ini akan membawa kesemua haiwan peliharaan mereka untuk bersiar-siar di kawasan sekitar.

Twitter

Lihatlah betapa selesanya haiwan-haiwan ini berbaring di tengah padang pasir sambil melihat keindahan matahari terbenam. Seronoknya jika kita juga memiliki kehidupan seperti kucing-kucing ini bukan? Memang bertuah!

 

Selain berjemur di padang pasir, kucing-kucing ini juga gemar memanjat pokok dan berehat di atasnya. Apa lagi nikmat yang harus kucing bertuah ini dustakan?

 

Segalanya sempurna untuk mereka! Ada segelintir kucing yang hidup bebas namun tidak memiliki kasih sayang daripada manusia, manakala ada pula kucing lain yang dilimpahi dengan kasih sayang tetapi dikurung sepanjang masa dan tidak berpeluang untuk melihat dunia luar.

Anda juga boleh mengikuti perkembangan semasa kesemua kucing-kucing ini di Twitter @hanamomoact

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular