Pasti ada antara kita yang terlalu sibuk dengan kerja sehingga tidak sedar waktu kerja sudah tamat. Ada juga yang sememangnya suka bekerja sehingga tidak kisah untuk pulang lewat setiap hari. Kerja memang bagus, tetapi sekuat mana pun kita bekerja setiap hari, kehidupan kita perlu lah seimbang. Jangan terlalu sibuk di pejabat sehingga lupa pada kehidupan dan orang-orang di sekeliling kita.

Jadi, untuk memberi peringtaan kepada anda yang terlalu kuat bekerja sehingga lupa dengan dunia luar, anda perlu gunakan tetikus ini di pejabat. Kedengarannya seperti aneh tetapi tetikus ini sangat berguna sebenarnya.

Facebook

Tetikus ini sebenarnya mempunyai fungsi yang sama seperti tetikus lain iaitu digunakan untuk menyelesaikan kerja-kerja di komputer.

Fizikalnya juga sama tetapi ada sedikit kelebihan padanya. Apa yang paling penting tetikus ini boleh melarikan diri daripada anda. Apabila tamat sahaja waktu bekerja, tetikus ini akan melarikan diri daripada dipegang. Bayangkan jika tetikus itu lari, pasti anda tidak boleh meneruskan kerja.

Dengan menggunakan teknologi ini secara tidak langsung boleh mengingatkan kita yang waktu bekerja sudah tamat dan sudah tiba masanya untuk pulang ke rumah.

Ya, kerja memang penting dan menyeronokkan tetapi ingatlah bahawa kita juga punya kehidupan lain yang sedang menunggu kita di luar pejabat!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular