Malang tidak berbau. Baru-baru ini, pengacara televisyen antarabangsa terkenal, Simon Cowell dilaporkan mengalami patah tulang belakang apabila terlibat kemalangan.

Beliau difahamkan mengalami kecederaan tersebut ketika kemalangan melibatkan basikal elektrik atau e-bike yang ditungganginya di California, Amerika Syarikat.

“Simon jatuh daripada basikal ketika menguji basikal elektrik barunya itu di halaman rumahnya di Malibu. Beliau cedera di bahagian belakang tubuh dan segera dibawa ke hospital”, kata jurucakap.

Gambar Hiasan | Pexel

Beliau difahamkan ‘dalam keadaan yang baik’ dan masih lagi diberikan perhatian selepas selesai menjalani pembedahan di sebuah hospital.

Isteri Cowell, Lauren difahamkan ada bersama menemaninya di hospital. Pembedahan Cowell berjalan selama enam jam, termasuklah proses memasukkan besi.

Ketika kemalangan itu berlaku, anak lelaki pasangan itu dan juga anak hasil daripada perkahwinan Lauren yang terdahulu, turut ada bersama Cowell.

Gregg DeGuire/Getty Images

Tahun lalu, syarikat miliknya, Syco Entertainment telah bekerjasama dengan sebuah syarikat yang berpangkalan di China, Shanghai Media Group dalam usaha untuk menerbitkan satu program pertunjukan bakat.

Ia dikenali sebagai ‘The Magnificent Dancer’. Shanghai Media Group pula adalah anak syarikat kepada Stesen Radio dan Televisyen Shanghai.

Ianya juga sebenarnya merupakan rangkaian media yang dikendalikan oleh Parti Komunis China (PKC).

Mei lalu, Cowell memberitahu umum bahawa beliau menghabiskan masa ketika tempoh kuarantin bersama anak lelakinya. “Memang banyak masa bersama keluarga sekarang”, katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @simoncowell on

“Kami akan pergi menonton wayang ketika malam, bermain bersama-sama, membaca buku, komik dan segalanya”, kata Cowell beberapa bulan yang lalu.

Beliau juga sebelum ini sangat terkenal dengan rancangan ‘America’s Got Talent’, iaitu rancangan secara langsung disiarkan di Amerika Syarikat.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular