Ikatan perkahwinan yang berjaya dibina merupakan impian buat setiap pasangan yang bercinta di muka bumi ini, bukan?

Baru-baru ini, figura hebat dalam bidang perubatan, Dr Nur Amalina Che Bakri ada mengumumkan berita gembira bahawa dirinya telah bertunang dengan jejaka pilihan hatinya.

Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh Dr Amalina menerusi tweet di laman Twitter peribadinya.

Bersama dengan berita gembira tersebut, beliau turut menyertakan dua keping foto dirinya bersama jejaka Inggeris yang juga merupakan teman lelakinya sebelum ini dan juga foto jarinya disarungkan cincin.

Beliau memaklumkan bahawa dirinya amat teruja untuk membuat persiapan perkahwinan yang dirancang untuk diadakan di kedua buah negara, United Kingdom (UK) dan juga Malaysia.

Dr Amalina/Twitter

“Saya teruja untuk merancang majlis perkahwinan sebanyak 2 kali di UK dan Kuala Lumpur”, tulisnya di Twitter.

Dalam pada itu, beliau turut menyertakan tanda pagar #engaged yang membawa maksud dirinya sudah pun bertunang.

Semoga ikatan yang bakal dibinanya bersama jejaka pilihan akan berkekalan hingga akhir hayat..

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular