Bagi sesetengah orang kerja dari rumah memang menyeronokkan. Mereka tidak perlu keluar awal pagi, bersesak di jalan raya atau tergesa-gesa mengejar pengangkutan awam untuk ke pejabat. Mereka bahkan boleh melakukan kerja-kerja dari rumah dengan cara yang lebih efisien.

Namun begitu, lain pula cabarannya jika bekerja dari rumah. Mereka mungkin tidak perlu bersesak di jalan atau berpeluh mengejar masa namun gangguan di rumah sebenarnya jauh lebih mencabar dan menguji kesabaran.

Contohnya apabila diganggu dengan haiwan kesayangan seperti yang dilakukan oleh seekor kucing di dalam video ini. Bayangkan semasa tuannya sedang sibuk bekerja, boleh pula dia datang semata-mata untuk bermanja.

Facebook

Tidak cukup dengan itu, dia juga tidak mahu melepaskan tangan tuannya, seolah-olah tidak membenarkan lelaki itu meneruskan kerja dan terus melayan kerenahnya. Dia juga nampaknya tidak mahu kesunyian dan mahu bermain dengan tuannya sedangkan lelaki itu jelas sekali sedang sibuk dengan komputer ribanya.

Facebook

Sedikit pun dia tidak mahu berganjak dari situ apatah lagi untuk meninggalkan katil itu. Dia juga siap boleh baring di situ dan menunggu tuannya untuk bermain dengannya.

Kalau begini lah setiap hari, memang sukar lah tuannya untuk menyiapkan kerja-kerjanya!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular