Hanya kerana terlambat menghantar makanan, seorang penghantar makanan Foodpanda mendakwa dia telah dikasari oleh seorang pelanggan dan kemudian telah membuat laporan polis ekoran kejadian tersebut.

Kejadian yang berlaku di Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu telah dirakam oleh sebuah kamera litar tertutup (CCTV) dan telah menjadi tular di media sosial.

Menurut laporan New Straits Times, ‘rider’ berusia 34 tahun itu telah membuat laporan polis terhadap lelaki itu kerana telah menendang dan memukulnya di muka serta mengeluarkan kata-kata berunsur rasisme kepadanya.

Info Roadblock JPJ & Polis / Facebook

Siasatan awal pihak polis mendapati bahawa kejadian itu berlaku sekitar jam 11.00 pagi pada hari Khamis, 6 Ogos, di sebuah inap desa atau ‘homestay’ di Lorong Seri Impian 8, Taman Alma.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner (ACP) Shafee Abd Samad berkata, suspek yang berusia 33 tahun telah menyewa rumah itu selama lima hari melalui Booking.com.

Sebelum kejadian berlaku, ‘rider’ tersebut telah menghubungi lelaki tersebut melalui WhatsApp untuk mengesahkan alamat penerima kerana terdapat kekeliruan pada alamat. Namun begitu, ketika sampai di rumah, mangsa mengatakan bahawa pelanggan tersebut bertindak keluar dan memarahinya dengan melemparkan kata-kata kesat yang berunsurkan perkauman.

“Mangsa kemudian menyerahkan makanan kepada suspek, dan sebagai balasannya, dia memberinya wang kertas RM50. Semasa mangsa mengira baki, suspek sekali lagi bertindak agresif dengan memaki ‘rider’ tersebut dan  menuduhnya lambat,” kata ketua polis.

“Suspek kemudian merampas semula wangnya dan menyerahkan kembali makanan yang dipesan kerana sudah tidak mahu makanan itu lagi. Disebabkan itu, mangsa memaklumkan kepada suspek bahawa dia akan melaporkan mengenai pembatalan makanan tersebut kepada pihak syarikat. Suspek kemudian mengambil semula pesanan tersebut dan melemparkan wang di atas lantai.

Info Roadblock JPJ & Polis / Facebook

Suspek kemudiannya mengarahkan mangsa mengutip semula wang baki yang dilemparkan namun lelaki itu tidak mempedulikannya sebelum mangsa diserang suspek.

Suspek kemudian terus bertindak dengan menendang badan dan menumbuk mangsa pada bahagian muka sehingga mengalami kecederaan namun tidak serius.

Tidak hanya itu, suspek turut membuang barangan di dalam bakul motosikal mangsa yang terdapat telefon bimbit serta ‘power bank’ di dalamnya sebelum cuba menolak jatuh motosikal tersebut.

Oleh kerana berang dengan perbuatan melampau suspek dia kemudiannya mengambil tindakan dengan memukul suspek menggunakan topi keledar yang dipakai dan suspek terus melawan. Berlaku pergelutan antara mereka sebelum berjaya dileraikan pemilik ‘homestay’ berkenaan.

Info Roadblock JPJ & Polis / Facebook

Suspek kini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah kerana dia telah menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian kiri lehernya serta pergelangan tangannya, dan bahagian belakang tangan kirinya akibat serangan itu.

Info Roadblock JPJ & Polis / Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular