KUALA LUMPUR – Baru-baru ini tular sebuah video yang menunjukkan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sedang menghisap rokok elektronik atau ‘vape’ ketika Dewan Rakyat sedang bersidang.

Video rakaman tersebut telah dimuat naik ke laman Twitter oleh seorang pengguna, Mhd Shamin dan telah menerima pelbagai respons daripada orang ramai.

@shamienhereyo/Twitter

Namun, tidak lama selepas itu, beliau (Datuk Seri Hishammuddin) telah membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi akaun Twitter miliknya dengan membalas status di laman Twitter tersebut.

@HishammuddinH2O/Twitter

“Maaf, saya tidak menyedari. Ia adalah kebiasaan baru.”

“Saya meminta maaf kepada Dewan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi,” balasnya kepada video yang dimuat naik itu.

Menurut sebuah kenyataan lain yang dibuat oleh Ahli Parlimen Sembrong itu, beliau mengatakan yang beliau akan membayar denda yang dikenakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas mengaku salah menghisap ‘vape’ semasa persidangan di Dewan Rakyat pada Isnin lalu.

“Berhubung isu membabitkan saya hari ini, saya mengaku ia memang kesalahan saya. Sekali lagi saya mohon maaf kepada Dewan yang mulia serta seluruh rakyat Malaysia.

“Saya janji tidak akan ulangi kesalahan ini. Saya juga tetap berpendirian bahawa tiada sesiapa boleh mengatasi undang-undang.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenakan denda – saya akan bayar,” katanya dalam satu kenyataan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular