Lihat sahaja bekas plastik berminyak di dalam sinki mula buatkan ramai yang mengeluh. Membayangkan betapa susahnya untuk menghilangkan segala kekotoran terutama minyak pastinya memeningkan kepala.

Kotoran minyak pada bekas plastik bukan sahaja sukar dibersihkan tambahan lagi kekotoran yang ada padanya akan jelas kelihatan dan menyakitkan mata. Jadi, suka atau tidak kita harus membersihkannya dengan betul dan hal ini akan mengambil masa yang lama!

Namun begitu, sebenarnya ada cara mudah dan pantas untuk membersihkan kotoran berminyak pada bekas plastik. Caranya mudah dan cepat, apa yang paling penting ianya berkesan dan boleh buatkan semua kotoran hilang!

Berikut adalah langkah-langkah membersihkan bekas plastik yang dikongsikan oleh seorang pengguna Instagram, _nzry. 

Langkah 1: Masukkan sedikit sabun ke dalam bekas plastik

_nzry/Instagram

Langkah 2: Masukkan pula air ke dalam bekas tersebut

_nzry/Instagram

Langkah 3: Masukkan tuala dapur bersaiz kecil ke dalam bekas tersebut

_nzry/Instagram

_nzry/Instagram

Langkah 4: Tutup bekas plastik itu dan goncangkannya

_nzry/Instagram

Langkah 5: Keringkan bekas tersebut dan kerja anda sudah selesai!

_nzry/Instagram

Mudah bukan? Hanya dengan beberapa langkah kotoran minyak degil boleh dihapuskan. Selepas ini jangan mengeluh lagi melihat bekas plastik atau Tupperware berminyak kerana sekarang anda sudah ada jalan penyelesaiannya!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular