Pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia pada ketika ini menyebabkan banyak negara menguatkuasakan undang-undang agar rakyatnya memakai pelitup muka dan hidung bagi mengurangkan risiko jangkitan penyakit berbahaya itu daripada terus menular.

Termasuk di Malaysia dengan bermula 1 Ogos, kerajaan telah memutuskan untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka dan hidung di tempat awam yang sesak serta dalam pengangkutan awam.

Sekiranya pihak berkuasa mendapati terdapat individu yang tidak mematuhi arahan memakai pelitup muka di tempat awam yang sesak, maka mereka boleh dikenakan kompaun berjumlah RM1,000 atau hukuman penjara kepada yang ingkar.

Maka ramailah warga Malaysia kini menjadi takut lalu bertindak menurut sahaja peraturan itu tanpa memahami arahan itu dengan mendalam, menjadikan ia satu peraturan yang menyusahkan buat golongan kurang berkemampuan.

@fazri_hassan/Twitter

Pemakaian pelitup muka di tempat awam yang sesak sememangnya wajib, akan tetapi bagi mereka yang tidak mampu membelinya dan terus memakainya, tanpa memahami tujuan mengapa pelitup muka perlu dijaga kebersihannya dan pelitup muka pakai buang perlu dipakai hanya sekali sahaja, maka peraturan itu tiada gunanya.

Seorang guru bernama @fazri_hassan berkongsi di laman Twitter apabila mendapati diri begitu terkejut melihat pelitup muka seorang muridnya yang kelihatan kotor dan talinya berjahit.

Pelitup muka pakai buang itu telah dipakai berkali-kali dan sudah tentu ia telah dipenuhi kuman dan bakteria berbahaya yang boleh mengundang penyakit lain pula, menyebabkan guru ini berasa sangat kasihan dan bertindak memberinya dengan sehelai pelitup muka yang baru.

Guru ini turut memohon agar pihak sekolah dan pihak berwajib lain dapat mengambil tindakan segera untuk memberikan pelitup muka serta alatan kebersihan diri lain secara percuma kepada para pelajar yang kurang berkemampuan dan terus prihatin akan kebajikan mereka.

@fazri_hassan/Twitter

Semoga sama-sama kita dapat membantu golongan kurang berkemampuan seperti ini mendapatkan pelitup muka dan hidung secara percuma serta mengajar mereka akan kepentingan menjaga kebersihan. Tindakan menjaga kebersihan diri sebenarnya yang lebih penting untuk membasmi wabak dan pandemik.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular