Impian setiap pasangan berkahwin sudah pasti menerima kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga. 

Seorang zuriat yang hadir dalam kehidupan pasangan itu sudah cukup bermakna, tambahan jika mereka ditakdirkan menerima lebih daripada seorang cahaya mata, maka itu akan menjadi satu berita serta kurniaan rezeki yang lebih bermakna.

Dalam satu rakaman video yang tular di Twitter baru-baru ini, seorang lelaki menerima kejutan daripada isterinya sempena hari jadinya yang bakal tiba. 

@_weahxx/Twitter

Dia menyangka menerima hadiah Apple iWatch dan sangat teruja membukanya, tetapi isi di dalam kotak hadiah iWatch itu ternyata lebih istimewa dan amat besar maknanya dalam keseluruhan kehidupan rumah tangga mereka.

@_weahxx/Twitter

Menerusi laman Twitter, seorang suami yang dikenali sebagai @amymedusaa telah berkongsi bagaimana dia dikejutkan dengan berita gembira daripada isterinya.

Pada mulanya dia menyangka dirinya akan menerima hadiah iWatch daripada isteri bersempena dengan hari jadinya yang bakal tiba beberapa hari lagi. 

@amymedusaa/Twitter

Namun, setelah membuka kotak putih iWatch, @amymedusaa amat terkejut apabila mendapati hadiah tersebut adalah kit ujian kehamilan yang menunjukkan bahawa isterinya sedang hamil anak kedua mereka.

@amymedusaa/Twitter

Ternyata hadiah berkenaan telah membuat dirinya bukan sahaja terkejut, malahan amat gembira menerima berita tersebut.

@_weahxx/Twitter

Isteri @amymedusaa turut berkongsi video reaksi suaminya menerima kejutan berita gembira tersebut.

Difahamkan, bayi yang bakal dilahirkan merupakan anak kedua bagi pasangan suami isteri ini.

Reaksi suami yang amat besar maknanya untuk menjadi momen berharga dan perlu disimpan untuk tatapan anak mereka yang didoakan akan selamat dilahirkan kelak.

Tahniah diucapkan kepada pasangan suami isteri ini, semoga perjalanan anda menjadi ibu bapa anak kedua berjalan dengan lancar, selamat dan berada dalam perlindungan Allah SWT.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular