Nasi lemak sememangnya merupakan hidangan kegemaran buat rakyat Malaysia, bukan?

Dengan aroma daun pisang, keenakan sambal, kerangupan ikan bilis goreng, telur dan timun bersama nasi yang ditanak bersama santan pasti membangkitkan selera.

Foto hiasan/Facebook

Nampak gayanya, hidangan cukup istimewa itu bukan hanya digemari oleh rakyat Malaysia sahaja. Bahkan anjing pun suka!

Sebuah gerai di Kuching baru-baru ini mencuri perhatian warganet ekoran telah menerima kehadiran pelanggan yang comel!

Beberapa foto telah dimuat naik menerusi akaun Facebook, Nasi Lemak Jambatan Tamparuli pada 28 Julai yang lalu.

Nasi Lemak Jambatan Tamparuli/Facebook

Beratur sekali tau!

Nasi Lemak Jambatan Tamparuli/Facebook

Kasihan! Sudah tunggu lama ya?

Nasi Lemak Jambatan Tamparuli/Facebook

Akhirnya tiba giliran anjing itu. Cukup ke sebungkus?

Nasi Lemak Jambatan Tamparuli/Facebook

Oh, RM2 je..

Nasi Lemak Jambatan Tamparuli/Facebook

“Ada tak duitnya?”

Nasi Lemak Jambatan Tamparuli/Facebook

Ah sudah.. wang tunai tiada pula

Nasi Lemak Jambatan Tamparuli/Facebook

Cancel lah macam ni.

Nasi Lemak Jambatan Tamparuli/Facebook

Tetapi nasib anjing ini cukup bertuah kerana akhirnya peniaga nasi lemak tersebut cukup bermurah hati memberikan ayam goreng percuma buatnya. 

Gembira betul nampaknya!

Nasi Lemak Jambatan Tamparuli/Facebook

Begitu pemurah peniaga tersebut. Mana tidaknya, pada setiap rezeki yang dikurniakan kepada kita, pasti ianya juga terselit rezeki buat orang lain, bahkan terhadap makluk Tuhan yang lain.

Semoga rezeki kepada peniaga itu terus melimpah ruah hendaknya..

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular