Ikan pari memang sedap di makan, bukan? Tetapi adakah anda sanggup dan berani memakan sejenis ikan pari air tawar gergasi?

Ikan pari air tawar gergasi atau ‘Urogymnus polylepis’ merupakan spesies ikan pari yang berasal daripada keluarga Dasyatidae.

Ia lazimnya ditemui di sungai ataupun muara sekitar kawasan Asia Tenggara dan juga Kalimantan.

Foto Hiasan | Monster Fish with Zeb Hogan

Baru-baru ini, seekor ikan pari air tawar gergasi ditemui di perairan Amphawa yang terletak berhampiran dengan Bangkok, Thailand.

Menariknya, ikan itu diisytiharkan sebagai ikan pari terbesar di dunia!

Penangkapan ikan pari itu turut dibantu oleh Nantarika Chansue, iaitu seorang doktor haiwan dan juga profesor di Universiti Chulalongkorn, Bangkok.

Foto Hiasan | Monster Fish with Zeb Hogan

Ikan pari yang digelar ‘The Big One’ tersebut memiliki lebar hingga 7.9 kaki manakala panjangnya adalah 14 kaki.

Selain itu, berat ikan tersebut pula mececah antara 318 hingga 363 kilogram. Beratnya!

Namun penyelidik masih belum mendapatkan berat sebenar kerana agak sukar untuk menimbang ikan ini tanpa menyakitinya.

“Sudah tentu ikan itu adalah ikan yang sangat besar jika dibandingkan dengan ikan pari yang lain. Ia ternyata mendahului antara ikan terbesar di dunia”, kata Zeb Hogan, profesor dan penyelidik dari University of Nevada.

Foto Hiasan | Monster Fish with Zeb Hogan

Tambah Zeb, ikan yang sama ditemui dan dilabelkan pada tujuh tahun lepas semasa penyelidikannya bersama Nantarika.

Pada tahun 2009, ikan tersebut memiliki lebar kira-kira 6.5 kaki.

Berada di dasar sungai, pari spesies ini umumnya menghuni kawasan berpasir dan berlumpur serta memakan ikan kecil dan intertebrata.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular