SEOUL- Seorang rakyat Korea Selatan mengalami kerugian besar apabila dia memasukkan sejumlah wang kertas yang banyak ke dalam mesin basuh demi ‘membasmi’ virus Covid-19. Akibatnya, wang kertas tersebut menjadi rosak dan tidak boleh digunakan lagi.


AP News

Seperti yang dilaporkan oleh AP News, individu yang bernama Eom (bukan nama sebenar) itu telah memasukkan sejumlah wang kertas 50,000 won (kira-kira RM178) ke dalam mesin basuh awal tahun ini.

Eom yang tinggal di Ansan itu kemudia menghubungi Bank Korea untuk mengetahui sama ada wang tersebut boleh ditukar kepada yang baru ataupun tidak. Eom walau bagaimanapun bernasib baik kerana Bank Korea boleh menukar sebahagian daripada wang kertas yang rosak kepada yang baru. Wang yang boleh ditukar ketika itu ialah 23 juta won (sekitar RM 81,75.05)

Menurut Seo Jee Woun, pegawai bank yang menangani kes itu, Bank Korea telah menukar sekitar 507 keping wang kertas 50,000 won iaitu separuh daripada jumlah kerosakan yang sebenar. Sebahagian wang kertas tidak dapat ditukar kerana kerosakan yang dialami sangat teruk membuatkan kerugian yang dialami sangat besar.

Apa yang lebih menyedihkan ialah wang tersebut merupakan wang ihsan yang diberikan oleh saudara-mara dan rakan-rakan semasa pengebumian keluarganya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP GLOBAL

Video Popular