Apabila bercakap mengenai kucing jalanan yang tidak bertuan pasti gambaran pertama yang muncul di fikiran ialah bentuk fizikal mereka yang kurus kering dan tidak terurus.

Ada juga yang mempunyai penyakit sehingga membuatkan ramai yang tidak suka akan kehadiran mereka. Namun begitu, lain pula dengan kucing jalanan ini apabila fizikalnya sangat berbeza dengan kucing jalanan lain.

Peekme

Sekali lihat tubuhnya pasti ramai tidak percaya dia adalah kucing terbiar. Namun percaya atau tidak dengan berat badan mencecah 9kg dia adalah seekor kucing jalanan!

Paparan Skrin/YouTube

Kucing jalanan yang benama Hercules itu dikatakan telah dihantar ke sebuah pusat perlindungan haiwan, Oregon Humane Society pada tahun 2007 dan ketika itu dia mempunyai fizikal yang terlalu gemuk sehingga sukar untuk membuka matanya sendiri.

Peekme

Bagi yang tertanya-tanya bagaimana Hercules boleh menjadi gemuk seperti ini walaupun tidak memiliki rumah ialah Hercules telah terjumpa sebuah gudang yang sejumlah makanan kucing di dalamnya. Bermula dari situ Hercules makan tanpa henti sehingga dia menjadi gemuk seperti itu.

Paparan Skrin/YouTube

Hercules akhirnya ditemui kerana dia tersekat pada pintu kecil kerana terlalu gemuk. Selepas dihantar ke tempat perlindungan haiwan dia ditemukan semula dengan pemiliknya setelah hilang selama beberapa tahun.

Kisah mengenai Hercules yang sihat dan gemuk ini telah dikongsi di YouTube dan sehingga kini telah ditonton lebih daripada 7 juta kali.

The Oregonian/YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular