Penggunaan bahan plastik adalah perkara yang biasa, lihat sahaja botol air mineral yang anda pegang, atau mungkin penyedut straw yang digunakan untuk menikmati minuman.

Namun sedarkah anda bahawa penggunaan plastik adalah antara punca kepada pencemaran alam sekitar? Selain sukar diurai dan memakan masa ratusan tahun, penggunaan bahan plastik adalah sesuatu yang tidak sihat.

Tetapi kita tidak boleh elak daripada menggunakan plastik jadi apa yang perlu dilakukan ialah dengan mengehadkan penggunaan dan apa yang paling penting ialah lakukan kitar semula!

Banyak cara yang boleh digunakan untuk mengitar semula contohnya seperti menggunakan semula apa yang ada untuk membina kepada sesuatu yang baru. Contohnya seperti yang dilakukan oleh Robert, seorang usahawan dari Kanada apabila dia telah membina sebuah rumah dengan menggunakan 40,000 botol plastik.

Peekme

Robert bukan sahaja seorang usahawan malah dia juga seorang pencinta alam sekitar. Jadi, dia dan pasukannya telah membina sebuah rumah yang terletak di sebuah bandar kecil di Isla Colon de Bocas del Toro, Panama.

Dia menyatakan bahawa tujuan membina rumah tersebut ialah untuk mengurangkan pencemaran yang berpunca daripada plastik. Oleh itu, dia menggunakan botol plastik yang dibuang sebagai bahan binaan.

Peekme

Peekme

Pada awalnya bingkai dibina dengan menggunakan besi dan keluli. Kemudian botol plastik disusun diikuti dengan wayar dan paip. Akhirnya ia ditutup dengan menggunakan konkrit.

Peekme

Peekme

Rumah itu mungkin tidak kelihatan menarik pada awal-awal pembinaannya namun setelah siap ianya sangat mengagumkan!

Peekme

Peekme

Peekme

Melihat keadaan di dalam rumah yang dilitupi dengan botol plastik pasti memberi sebuah pengalaman baru yang menyeronokkan. Apa yang lebih menarik ialah suhu di dalam rumah ini adalah 17 ℃ lebih rendah jika dibandingkan dengan suhu panas di luar.

Jadi, jangan risau dengan kepanasan kerana walaupun tanpa pendingin hawa suasana rumah ini tetap sejuk jika masuk ke dalam rumah ini!

Peekme

Peekme

Antara kelebihan lain ialah rumah ini juga tahan dan kukuh daripada gegaran seperti gempa bumi. Rumah ini dikatakan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan.

Peekme

Peekme

Dengan terbinanya rumah ini Robert berharap dapat menjadikan rumah ini sebagai pusat pendidikan serta dapat menyedarkan masyarakat bahawa botol plastik sebenarnya boleh dijadikan bahan binaan.

Peekme

Peekme

Maybe you're interested :

Share

Video Popular