Banyak perkara yang berlaku tanpa kita duga. Kadang-kadang apa yang berlaku membawa kita kepada hal-hal yang tidak dapat dibayangkan seperti perkara-perkara yang membawa kita kepada sebuah kegembiraan dan kebahagiaan.

Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki apabila dia terjumpa dengan seekor kucing putih yang berada dalam kesusahan. Brian dari Oklahoma dikatakan telah terjumpa seekor kucing putih yang kurus dan ketika itu kepalanya tersekat pada sebuah tin kosong.

Peekme

Brian dan pekerjanya kemudian terus membantu kucing tersebut membebaskannya daripada tin tersebut. Mereka kemudian memberikan makanan dan minuman buat kucing tersebut sebelum kucing putih itu pergi menghilangkan diri dari situ.

Dua hari kemudian kucing tersebut muncul semula dan Brian memberikan nama Sophie kepadanya. Makanan dan minuman kucing kemudian disediakan serta sebuah kotak kadbod juga disediakan sebagai katil buat Sophie supaya kucing itu boleh berehat di situ.

Peekme

Ketika Brian memeriksa Sophie dia mendapati bahawa Sophie sedang menyusu badan. Ini bermaksud Sophie tidak boleh tinggal di situ kerana ada anak kecil yang sedang menantinya. Jadi Brian memutuskan untuk membiarkan Sophie datang dan pergi dari situ sesuka hatinya sehingga Sophie mengambil keputusan untuk membawa anak kecilnya bersamanya.

Peekme

Peekme

Sebulan kemudian Sophie akhirnya datang bersama dua ekor anak kecilnya. Brian kemudian bertanya kepada keluarganya untuk meminta izin bagi menjaga Sophie dan anak-anaknya. Pada mulanya mereka tidak bersetuju kerana isterinya mempunyai alergik pada kucing namun akhirnya mereka bersetuju untuk menjaga kucing-kucing itu.

Peekme

Sebelum mendapatkan persetujuan daripada isterinya, Brian meletakkan Sophie dan anak-anaknya di tempat kerjanya dan pekerjanya akan membantunya menguruskan keperluan harian kucing-kucing itu. Pekerjanya kemudian bersetuju untuk menjaga anak-anak Sophie manakala Brian membawa Sophie pulang untuk menyambut Krismas.

Peekme

Rupa-rupanya Sophie tidak mendapatkan tidur yang lena di rumah bekas tuannya. Dia bahkan tidak mempunyai susu yang cukup untuk diberikan kepada anak-anaknya. Jadi Sophie memutuskan untuk keluar mencari pemilik baru dan kini Sophie memiliki sebuah keluarga yang sangat menyayangi dan prihatin ke atas dirinya.

Peekme

Di rumah Sophie juga mempunyai tiga ekor kawan baru termasuk seekor burung kakaktua yang dipelihara oleh Brian. Walau bagaimanapun Sophie sangat bijak untuk menyesuaikan diri dan mula berkawan baik dengan mereka walaupun mereka berlainan spesies. Kini, mereka semua kekal menjadi kawan yang tinggal bersama sebagai sebuah keluarga.

Peekme

Peekme

Peekme

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular