Kadangkala gelagat suami isteri yang sudah lama berkahwin lebih kurang sama comel dan lucu macam keletah anak-anak mereka.

Seperti pasangan suami isteri yang berada di tempat parkir motosikal ini, baru sahaja bersiap-siap mahu berangkat pulang menaiki motosikal, tetapi insiden luar jangkaan paling melucukan berlaku gara-gara si suami terlupa sesuatu yang penting iaitu isterinya.

SINAR/Facebook

Satu rakaman video yang menjadi tular dengan lebih 2.6 juta tontonan di Facebook menunjukkan si suami telah bersiap sedia duduk di atas motosikal sambil memakai topi keledarnya dan mula menghidupkan enjin motosikal.

SINAR/Facebook

Pada ketika itu, isterinya yang berada di belakang, turut memakai topi keledar dan memegang bahu suaminya seperti sudah bersedia berada di tempat duduk belakang, tanpa disedari sebenarnya dia turun kembali untuk memeriksa beg tangannya.

Merasakan isterinya sudah berada di tempat duduk belakang, si suami terus memecut motosikalnya dan selamba berlalu pergi, meninggalkan isteri yang tidak sempat membonceng.

SINAR/Facebook

Menyedari diri sudah ditinggalkan, maka melambai-lambailah si isteri memanggil suaminya supaya berpatah balik.

Malu betul dibuatnya, sehinggakan abang tukang sapu pun turut membantu berteriak dan melambai supaya suami terlupa isteri ini berpatah balik, tetapi dia terus sahaja pergi memecut laju dengan motosikalnya.

SINAR/Facebook

Tidak lama kemudian, mungkin dia rasa motosikalnya ringan lain macam, seperti sesuatu yang kehilangan, maka pada waktu itu baru suami tersedar, isterinya telah tertinggal di tempat parkir motosikal itu tadi.

Lalu si suami pun berpatah balik, nasib baiklah teringat isterinya yang penting itu ditinggalkannya di situ. 

SINAR/Facebook

Sampai-sampai sahaja siap dia kena pukul manja lagi oleh isterinya.

SINAR/Facebook

Minta maaflah sayang, lain kali abang tak akan buat lagi.

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular