Hutan bukan sahaja menjadi habitat untuk berjuta-juta spesies tumbuhan dan haiwan bahkan kepada sebilangan manusia khasnya golongan orang asli yang telah tinggal di sana selama ribuan tahun.

Memang seronok jika di hutan turut dilengkapi dengan binaan rumah yang begitu selesa. Itulah yang cuba diketengahkan oleh sepasang rakan orang asli yang tinggal di kawasan pedalaman di Kemboja ini.

Menerusi saluran ‘Jungle Survival’ di laman YouTube, kedua-dua lelaki ini telah berkongsi kemahiran pembinaan khasnya rumah dan juga kolam renang di kawasan hutan!

Oleh kerana saluran mereka itu telah menerima lebih kurang 3.7 juta subsribers maka pihak YouTube difahamkan telah menghadiahkan Gold Medal kepada mereka.

Mula memuat naik video mereka sejak Ogos 2018, kini jumlah video mereka sudah pun mencecah 100 dan rata-rata video mereka ditonton jutaan kali.

Ternyata hebat sekali kebolehan mereka berdua dalam membina sesuatu yang dirasakan agak mustahil untuk dibina di dalam hutan. Bukan semua orang boleh buat, bukan?

Semestinya hutan bukanlah lokasi yang selamat terutamanya buat mereka yang tidak biasa dengan persekitaran semula jadi.

Selain itu, terdapat pelbagai risiko dan bahaya menanti, misalnya berhadapan dengan binatang buas dan sebagainya.

Tetapi dengan pembinaan indah sebegini membuatkan kita rasa seperti ada ‘syurga’ di hutan. Ada kolam renang pula, ala-ala resort. Siapa sahaja yang tidak menyukainya?

Jom saksikan antara video mereka..

Seronoknya! Jika anda mahu tonton lebih banyak lagi video mereka, tekan sahaja di sini.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular