Pemilik haiwan peliharaan seperti kucing pasti kadang kala berasa sedikit kecewa dengan sikap kucing milik mereka, bukan?

Mana tidaknya, kucing sememangnya agak nakal dan kadang kala berkelakuan ganjil – berak merata, cakar perabot dan pelbagai lagi. Sabar sahajalah!

Jika beri makanan pula pasti kebanyakan kucing akan berebut tetapi tidak untuk 13 ekor kucing yang dipelihara di sebuah rumah di Jepun ini.

10 Cats.ᐩ/YouTube

Apa yang mengagumkan, pemilik kucing tersebut meletakkan barisan mangkuk untuk kucingnya dan tanpa disangka, kesemua kucingnya duduk di tempat mereka masing-masing.

Melihat kepada keadaan itu, ia begitu mengujakan bukan? Bukan mudah untuk melatih kucing untuk tertib sebegini. Elok sahaja perangai semuanya.

10 Cats.ᐩ/YouTube

Menerusi rakaman video, kita dapat lihat dengan jelas bahawa terdapat 14 buah mangkuk yang disusun oleh pemilik kucing berkenaan.

Namun hanya 13 buah mangkuk sahaja yang digunakan oleh kucing-kucingnya itu untuk makan. Kemudian ada beberapa ekor kucing yang beredar, mungkin telah kenyang barangkali.

10 Cats.ᐩ/YouTube

Kesopanan mereka itu tidak kekal terlalu lama apabila sebilangan besar kucing kemudiannya beredar dan sempat pula bermain kejar-kejar sesama mereka.

Hanya empat ekor kucing ini sahaja yang kekal berada di lokasi masing-masing untuk terus makan tetapi terganggu juga dengan keletah rakan-rakannya yang lain.

10 Cats.ᐩ/YouTube

Macam-macam hal lah mereka ini semuanya. Nasib baik comel bukan? Saksikan video mereka di bawah :

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular